Sunday, August 31, 2014

Sekadar Melukut Di Tepi Gantang

Blog ini hadir kerana mahu mencari kesegaran baru setelah sekian lama terkongkong dalam kelompok elitis politik yang penuh prasangka, taksub, dan mempunyai agenda kumpulan; yang bukan agenda rakyat dalam menyokong mahu pun menentang sesuatu pandangan.

Sukar untuk menjadi manusia yang berwajah jujur dalam dunia yang penuh kepalsuan.

Seseorang penulis sentiasa terdedah kepada "ancaman" sama ada dari sudut ekonomi, moraliti mahu pun mental.

Kadang-kadang kita menulis sekadar mahu menyatakan apa yang dirasakan perlu, namun dilihat sebagai tanda permusuhan dan persengketaan politik.

Mungkin kerana itulah, saya dan rakan-rakan merasakan kita memerlukan sudut pandangan baru di luar kelompok elitis politik yang sedang berantakan baik dalam UMNO mahu pun Pas dan PKR.

Salam perkenalan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

- Mohamad Socrates