Tuesday, September 30, 2014

Tun M , Khairy Dua-dua Salah Walau Bertentangan Pendapat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani dan pada masa ini budaya dalam parti itu menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyanggah pandangan Mahathir dengan mengatakan Umno selama ini tidak pernah menghalang sesiapa untuk mengkritik pimpinannya termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan pada kepimpinan.

"Dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan pada beliau.

"Jadi tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik. Kita parti yang terbuka sekali menerima kritikan daripada ahli," katanya pada sidang media di Putrajaya.
Kenyataan Tun Disalah tafsir?
Kenyataan Tun sebenarnya kurang tepat atau telah disalah tafsir? Ini kerana UMNO sememangnya terbuka kepada sebarang kritikan yang berasas dan berfakta. Tidak pernah UMNO semasa pentadbiran Mohd Najib Tun Razak tidak pernah beliau menggantung mana-mana pemimpin parti yang mengkritik kerajaan.
Apa yang patut Tun tegaskan ialah pemimpin muda UMNO yang berani mengkritik dan mempunyai idea-idea bernas diberi ruang dan peluang yang lebih baik dalam parti dan bukannya diketepikan kerana berbeza pandangan.
Khairy Cakap Tidak Serupa Bikin
Ketua Pemuda UMNO yang mempertahankan bahawa UMNO sememangnya terbuka kepada kritikan sebenarnya "cakap tidak serupa bikin."
Sejak penggal lepas, Khairy melantik ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri yang menyokong beliau bukannya yang berkebolehan. Mana-mana yang mengkritik dibakulsampahkan sehinggakan banyak pemuda negeri tidak berfungsi dan gagal sama sekali.
Kali ini perkara yang serupa terjadi. Khairy menyusun dari barisan EXCO Pemuda sehinggalah kepada kebanyakan Ketua Pemuda negeri yang "menjilat" beliau sehingga kita tidak langsung nampak kebolehan mereka yang memegang jawatan.
Jadi, apa yang Tun katakan tersebut ada kebenarannya jika ditujukan kepada Khairy yang sememangnya sedang melemahkan Pemuda UMNO.

No comments:

Post a Comment