Friday, October 24, 2014

ISA Bukan Menguatkan Melayu Tapi Menguatkan Mahathir Sahaja


Pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) menguatkan Melayu sepanjang era 1981-2003 sehingga penghapusannya pada tahun 2012 dikatakan telah melemahkan kaum itu, sebetulnya adalah satu pandangan yang meleset dan salah sama sekali.

ISA sebetulnya tidak langsung menguatkan Melayu, hanya menguatkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir seorang saja.

Buktinya dah banyak banyak. tapi paling jelas pada waktu itu,  ISA yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi kegiatan subversif, lebih banyak digunakan untuk menahan tanpa bicara bukan sahaja ahli  pertubuhan pengganas, tapi juga ahli politik BN/pembangkang atas nama keselamatan negara.

Malah menurut kajian penulis, Operasi Lalang 1987 (antara operasi dibawah ISA paling terkenal) kalau dinilai dari segala segi sebetulnya digunakan pentadbiran Mahathir untuk menyelamatkan karier politik Anwar Ibrahim - kini musuh politik nombor satu Mahathir.

Ikut dari faktanya, kekecohan yang membawa kepada operasi itu bermula dari tindakan Anwar (ketika itu Menteri Pendidikan) mencetuskan provokasi di kalangan orang cina dengan meletakkan pengetua Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Pulau Pinang.

Penulis bukan nak mengulas panjang tentang Ops Lalang, cuma nak menunjukkan disini bahawa pernah pada satu ketika dalam sejarah negara ini, ISA digunakan pentadbiran Mahathir untuk menyelamatkan Anwar!!

Ironikan?

Memburukkan lagi keadaan, pengganti Mahathir (dipilihnya sendiri), Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menggunakan ISA ke atas seorang wartawan akhbar cina atas alasan untuk melindungi keselamatannya!!

Semua inilah yang akhirnya menjadikan ISA buruk di mata rakyat sehingga wujud tanggapan orang yang tidak bersalah pun ada kemungkinan ditahan tanpa sebab.

Maka itulah bila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara, beliau melihat keperluan ISA dikembalikan semula kepada fungsi sebenarnya dengan nama dan pendekatan baru, memandangkan imej undang-undang tersebut telah rosak akibat salahguna pentadbiran sebelum beliau.

Lagipun, dengan adanya ISA sekalipun, masih tidak menghalang rusuhan kaum dan kegiatan pengganas berterusan di negara kita.  Bekas tahanan ISA seperti Yazid Sufaat dan lain-lain, tidak menyusut sedikit pun fahaman radikalnya, malah ada yang dikesan pergi ke Syria untuk berjuang bersama ISIL.


No comments:

Post a Comment