Friday, October 17, 2014

JIhad Bukan Masalah Tapi Manusia Yang Salah Guna

ADA kecenderungan di kalangan portal-portal berita pro pembangkang yang kita tahu dikendalikan orang bukan Islam, cuba menyalahkan jihad sebagai punca kenapa ramai orang Islam terjebak dengan fahaman radikal dan kegiatan keganasan.

Parti pembangkang yang bercirikan Islam pula memburukkan lagi keadaan itu dengan tafsiran mendalam mengenai jihad sehingga yang bukan Islam tadi percaya dengan sesungguhnya jihad ini memang berkaitan dengan keganasan dan fahaman radikal.

Contohnya PAS.  Dalam mereka memecat dan tidak mengiktiraf ahli-ahli parti itu yang menyertai perjuangan radikal di luar negara, ada pula pemimpin parti itu yang mengiktiraf kematian mereka yang terlibat sebagai syahid!!


Jadi mana sebenarnya yang betul?  Kalau sokong kenapa pecat, kalau tak sokong kenapa iktiraf mereka syahid?  Itu macam menggalakkan orang lain untuk mengikut jejak langkah sia-sia yang sama sebab mati syahid ini bermaksud apa yang dibuat itu betul.

Nak dijelaskan disini bahawa jihad bukanlah masalah tapi yang menyalahgunakan maksud dan tujuan jihad itulah yang sebenarnya bermasalah.

Jihad dari satu segi penggunaan bahasa adalah perkataan lain untuk perjuangan.  Perjuangan ini bukan setakat melibatkan keganasan, senjata api dan sebagainya sahaja tapi dalam konteks yang lebih meluas dan menyeluruh.

Dalam Islam, jihad membawa maksud berjuang di jalan Allah swt dan sekali lagi ini tidak sama sekali membawa maksud berperang dan berbunuhan semata-mata.  Berperang dan berbunuhan dibolehkan dalam keadaan tertentu, tapi mestilah atas sebab yang betul seperti mempertahankan diri dan sebagainya.

Masalahnya dengan pengertian jihad dikalangan sesetengah orang hari ini ialah, mereka melihat jihad semata-mata berkenaan mati syahid untuk sesuatu sebab yang mereka percaya betul.  Pengertian seumpama ini tidak ada di dalam Islam.

Kematian adalah jalan terakhir, menjaga nyawa itu lebih utama. Bagus jika ada orang yang tidak takut mati dalam perjuangan, tapi banyak beza di antara itu (tidak takut mati) dengan sengaja nak mati - macam pengebom bunuh diri.

Justeru, pandangan ini perlu dibetulkan.  

Mereka yang terpengaruh dengan perjuangan IS di Syria, Iraq dan sebagainya, tidak berjihad tapi berjuang untuk sebab yang mereka percaya betul, Islam tidak terbabit sama sekali.  Mereka sahaja yang percaya mereka berjuangan untuk Islam sedangkan hakikatnya jauh meleset dari itu.  


No comments:

Post a Comment