Monday, October 27, 2014

Rempuhan Di Universiti Malaya Memang Dirancang?


Kejadian rempuhan pelajar di Universiti Malaya sebentar tadi dilihat dari sudut manapun adalah satu kejadian yang sudah dirancang untuk menarik minat rakyat ke atas perbicaraan liwat Anwar esok dan dalam masa yang sama mencetus rasa simpati rakyat terhadapnya.

Anwar memang diketahui bergantung sepenuhnya kepada persepsi dan drama seperti ini untuk selamat dalam politik, atau lebih mudah kata, dia memang macam itu.

Logiknya, kalau betul taknak bagi Anwar masuk, kunci teruslah pagar tu dan panggil polis sebagai pasukan tambahan.  Ini tidak, dalam pada kata tak boleh masuk, senang-senang je budak-budak tu rempuh.

Dari cara insiden ini berlaku, silap-silap, ada di kalangan pentadbir dalam Universiti Malaya itu sendiri yang bersekongkol dengan Anwar untuk mencipta insiden sebentar tadi kerana Universiti Malaya memang lubuk penyokong Anwar dari atas sampai ke bawah.


Apatah lagi ada lapuran seorang pegawai khas kepada Timbalan Naib Canselor universiti tersebut yang menjadi penyokong PKR.  Soal dia nak sokong parti mana, itu dia punya pasal, tapi jangan salah guna kedudukan tu untuk kepentingan PKR.

Salah guna kuasa namanya.  Universiti Malaya tu bukan bapak dia punya, Anwar sendiri pun dapat General Degree saja dari Universiti tu.

Budak-budak yang terlibat tu jangan cakaplah.  Dari mula reformasi Anwar tahun 1998 dulu sampai sekarang, bodoh macam itu jugalah tak habis-habis.  Bila dah matang masing-masing, tahu pulak nak sokong parti pemerintah.

Apa sekalipun, tak pasal-pasal, kerajaan yang dapat implikasi buruk dari insiden ini kerana persepsi umum bahawa sebagai Universiti awam, segala benda berlaku dalam itu dikawal oleh kerajaan.  Hakikatnya, kerajaan tak campur tangan pun, Universiti itu ada kuasa buat keputusan sendiri nak membenarkan Anwar masuk atau tidak.

Penulis menggesa, buatlah perubahan di kalangan pentadbir Universiti ini kalau tidak mahu kejadian seumpamanya berulang semula.  Imej Universiti, apatah lagi Universiti Malaya sebagai tempat kecemerlangan ilmu perlu dikembalikan.  Politik luar ni tolak tepilah, belajar kasi habis dulu.

No comments:

Post a Comment