Sunday, October 26, 2014

Siapa Tanggung Kos Aktivis Media Pakatan Cari Suaka Di Luar Negeri?


Setakat artikel ini ditulis, 2 aktivis media pro Pakatan Rakyat sudah melarikan diri ke luar negara untuk mendapatkan suaka politik.  Satu di Amerika Syarikat dan terbaru di Sweden.

Walaupun salah seorang mereka lebih terkenal dengan blog porno dan anti Islam, tapi sentimen anti Akta Hasutan yang dijadikan alasan untuk mencari suaka di luar negeri, menunjukkan dia sebenarnya adalah aktivis media sosial pro Pakatan.

Nak diikutkan, bukan murah kosnya untuk mencari suaka politik di negara-negara tersebut.  Dari tiket kapal terbangnya, kos makan minum dan sebagainya, semua ini memerlukan belanja yang besar, bukan sikit.


Kalau mereka atau keluarga mereka yang keluar duit, baik dia pergi negara yang murah kosnya, bukan Amerika atau Sweden.  Jadi persoalannya sekarang, siapa yang tanggung belanja mereka ini semua?

Bukan nak menuduh, tapi modus operandi seumpama ini sangat selalu digunakan Pakatan Rakyat.  Sebelum ini kita semua sudah tentu masih ingat bagaimana seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel seorang ADUN di Selangor, disorokan di Indonesia, lengkap dengan dokumen pengenalan diri negara tersebut.

Mendiang penyiasat persendirian yang memfitnah Perdana Menteri dalam satu kes pembunuhan warga Mongolia pun, melarikan diri ke India (sebelum itu di London).

Sekarang, 2 orang ini pula.

Penulis dengan itu yakin Pakatan Rakyat adalah dalang di sebalik tindakan dua orang ini melarikan diri ke luar negara.  Tujuannya mudah, nak memastikan dua orang ini tidak membuka mulut siapa pembiaya sebenar mereka bila kes ini dibicarakan di Mahkamah.

Selain itu, masa dan negara yang dipilih pun sesuai untuk dijadikan platform untuk menyerang kerajaan dari luar tanpa bimbang dikenakan tindakan kerana Amerika Syarikat dan Sweden adalah 2 negara yang memberikan kebebasan Internet hampir sepenuhnya (kecuali dalam isu berkaitan keselamatan).  

Itu dari segi negara, dari segi masa pula kita semua tahu Anwar hampir pasti disumbat ke dalam penjara kerana kesalahan meliwat tidak lama lagi.

Macam nampak semua ini sudah dirancangkan?

No comments:

Post a Comment