Wednesday, November 12, 2014

1MDB, Bloggers Penipu, dan Salah Faham Tun Mahathir

Tengok saja blog ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Out Syed The Box (OSTB) semalam membuatkan aku hendak termuntah. Kata OSTB atau nama realnya Syed Akbar Ali, 1MDB akan rugi RM 25 billion tahun hadapan.

Selain Syed Akbar, beberapa tukang canang media sosial pro UMNO juga sibuk membincangkan kewangan 1MDB walaupun antara mereka aku tahu hendak baca laporan tahunan syarikat pun tak faham.

Senang cerita macam ini ajalah, 1MDB ini berniaga duit sendiri. Kerajaan bagi RM 1 juta sahaja. Jadi bila berniaga duit sendiri hendak berkembang kena pinjam baru ada hutang.

Dalam masa 5 tahun 1MDB boleh ada asset RM 51.4 Bilion, hutang (termasuk bon) RM 41.9 billion, pendapatan RM 4.3 billion, kerugian RM 665 juta. Jika tutup hari ini pun 1MDB masih untung RM 7-8 billion.

Kita tahu Tun Dr Mahathir turut menegur 1MDB. Masalahnya Tun Mahathir tidak berada dalam pengurusan 1MDB lalu sukar untuk beliau menilai sepenuhnya.

Tun Mahathir pun hanya memberi pandangan seperti mahu jawapan mengenai 1MDB dan 1MDB tidak wujud pun tiada masalah.

Pengurusan 1MDB perlu berjumpa Tun Mahathir memberi penjelasan mengenai scenario kewujudan 1MDB jika perlu.

Kita percaya kenyataan Tun Mahathir banyak bergantung kepada maklumat orang sekelilingnya yang sebahagian mereka merupakan tokoh korporat yang merasa tercabar dengan kemunculan 1MDB.

Manusia-manusia seperti YTL, AK, TSMA, Tun Daim Zainuddin, Halim Saad dan ramai lagi pemain utama perniagaan tentu tidak berpuas hati dengan tindakan 1MDB memasuki bidang ekonomi mereka seperti pembangunan projek hartanah secara besar-besaran dan pengambil alihan beberapa janakuasa bebas.

Tun Mahathir juga sering bertemu dan mendapat maklumat dari jurublog-jurublog bercakap bahasa inggeris berabuk tapi tak pernah Berjaya pun dalam perniagaan.

Mereka ini mereka tidak puas hati kerana Najib Razak tidak mahu ikut cakap mereka dan tidak mahu memberi dana kepada mereka. Siapa mereka ini? Perdana Menteri? bukan!, Ahli UMNO? Bukan!

Rakyat mahu kerajaan menstabilkan pasaran hartanah, dan elektrik. Inilah yang akan dilakukan oleh 1MDB pada masa akan datang, malangnya syarikat yang baru bertatih mencari kekuatan ini sudah diserang oleh pelbagai pelusuk.

Jika ia datang dari kaum cina atau pakatan rakyat kita mudah fahami. Tapi bila datang dari orang melayu dan UMNO ia sukar dimengerti.

Kita percaya jika Tun Mahathir mendapat penjelasan wajar dari 1MDB beliau akan faham.

Dulu Tun Mahathir juga pernah berkata berniaga bukan mudah. Beliau buka keda roti Loaf pun sampai sekarang belum dapat pulangan modal.

Hutang besar bukan masalah kerana Tun Mahathir juga pernah beli MV Augusta dengan harga RM 90 juta atas syarikat mempunyai hutang beratus juta dan asset pun tidak sampai RM 1 billion.

Tun Mahathir juga pernah bantah pelupusan MV Augusta ketika itu kerana percaya syarikat terbabit mempunyai nilai tinggi walaupun rugi RM 500 juta dan asset hanya sekitar 100 juta Euro sahaja.

Tentulah jika dibandingkan 1MDB dengan MV Augusta, 1MDB lebih sihat dan wajar dipertahankan.

Tun Mahathir juga tentu faham dalam perniagaan membabitkan entity kerajaan, yang paling penting ialah matlamat akhir dipenuhi bukannya pencapaian setahun dua.

Jika tidak masakan Tun Mahathir meneruskan Perwaja biarpun kerugian berbilion ringgit.

Jika tidak masakan Tun Mahathir berkali-kali menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan kos berbilion ringgit setiap kali lingkup biarpun secara teori perniagaannya, syarikat seperti ini wajar ditutup sahaja.


Hakikatnya kritikan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah kerana beliau telah diberi maklumat yang salah oleh orang-orang sekeliling beliau yang tidak berpuas hati kerana Mohd Najib memberi ruang kepada ahli perniagaan baru, konglomerat baru dan pentadbir baru menunjukkan kebolehan mereka.

Yang sudah kaya-kaya itu cukuplah bergantung kepada kerajaan. Bergerak ke hadapan cari perniagaan di luar Negara dan bawa pulang kekayaan kepada Negara.

Malaysia dan BN telah memberi anda banyak ruang dan peluang, berilah peluang dan ruang kepada orang lain pula.

Kepada para pengkritik, juru blog dan facebookers, sedarlah anda boleh mengkritik dan memberi cadangan tapi janganlah harap Perdana Menteri mengikut cakap anda. Jika demikian lebih baik anda jadi Perdana Menteri sahaja.

Kepada Syed Akbar Ali dan rakan-rakan, marah kepada Perdana Menteri kerana isu-isu lain janganlah sampai perlu berbohong dan memfitnah.

No comments:

Post a Comment