Sunday, November 23, 2014

Ada Orang Kecewa Tun M Tak Hadir, 'Bom' Tak Jadi Meletup!!


Diwar-warkan hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad akan menghadiri dan merasmikan sebuah forum berkaitan perpaduan Nasional/Melayu anjuran sebuah pertubuhan pro Melayu juga di Kuala Lumpur.

Maklumat mengenainya telah dihebahkan sejak awal minggu sudah, kononnya Mahathir akan datang dan 'melepaskan bom' terhadap kepimpinan negara dalam majlis tersebut.  Apakah bendanya 'bom' itu, kita tidak pasti, tapi dikatakan boleh menggegar persada politik tanah air dan membawa kepada permulaan yang berkenaan untuk menentang kerajaan.

Bagaimanapun sebentar tadi, ternyata hebahan itu palsu dan hanya bertujuan menarik orang untuk datang ke forum tersebut sahaja bila Mahathir tidak pun menjengahkan diri, sama ada memang tidak terlibat, tidak setuju dengan tujuan program ataupun kurang sihat.

Minggu ini beberapa program melibatkan negarawan negara tersebut dibatalkan atas sebab kesihatan.

Forum tersebut dirasmikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamad, kononnya mewakilkan bekas Perdana Menteri tersebut.

Penulis bagaimanapun lebih cenderung untuk percaya bahawa Mahathir tidak setuju dengan matlamat program tersebut yang antara lain dianjurkan dengan niat tertentu oleh kumpulan yang mahu melihat pentadbiran Perdana Menteri terjejas.

Sebab iu beliau tidak hadir.

Nak kata Tun tak sihat untuk mengadakan aktiviti luar, semalam dan hari ini beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjengah pertandingan Formula E yang sedang berlangsung di Putrajaya.

Ketidakhadiran Tun ini merupakan satu tamparan hebat kepada golongan yang mahu melihat kepimpinan Najib tumbang.  Walaupun Tun diketahui boleh buat muka selamba bila bersama kawan ataupun lawan, tapi lain halnya dengan keazaman.  

Jika benar beliau berazam mahu melihat kepimpinan Najib jatuh, sudah tentu beliau akan memilih forum berkenaan berbanding dengan hadir bersama Najib menyaksikan Formula E di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment