Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan: Pembangkang Jangan Hipokrit


Pembangkang di negara ini tergolong dalam mana-mana satu kelompok ini.  Satu yang memang faham asas negara ini (seperti kontrak sosial, institusi beraja dan sebagainya) tapi membuat keputusan untuk buat bodoh demi kepentingan politik masing-masing.

Kedua, yang memang tak faham tapi taknak pulak bertanya dan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat menghasut.  Jenis inilah yang ramai masuk ke dalam sebab buat kenyataan menghasut.

Bila dah ramai yang kena, itu yang timbul gerakan supaya Akta ini dimansuhkan.  Bukan sebab rakyat sama sekalipun, tapi sebab nak keluarkan orang-orang dia dari lokap.  Kes yang sama dalam soal penghapusan ISA dulu.

Yang kata rakyat rakyat semua ni, hanyalah alasan mereka sahaja, hakikatnya nak lepaskan kawan-kawan sendiri.

Buktinya, bila Ibrahim Ali tidak didakwa dibawah Akta Hasutan,  kenapa pemimpin pembangkang bersungguh-sungguh mahu dia didakwa dibawah Akta tesebut?  Bukankah itu hipkorit namanya? Boleh pulak hanya bantah bila kena group sendiri dan sokong bila kena group berlawanan.

Jadi nasihat penulis, jangan jadi hipkoritlah.  Terimalah hakikat bahawa BN/UMNO masih kerajaan dan pembangkang perlu ikut segala keputusan yang dibuat kerana BN/UMNO yang ada mandat rakyat, bukan pembangkang.

Sedar-sedar diri sikit.

Perjuangan pembangkang untuk menghapuskan Akta Hasutan ini tidak lebih dari perjuangan peribadi mereka sahaja, bukan unutk kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment