Monday, November 3, 2014

Liwat II: Makin Hari Makin Suram Ni Apahal?

Suramnya bangunan Istana Keadilan dari riuh rendah kera-kera belaan Anwar Ibrahim, bolehlah dengan selamatnya dikaitkan dengan perpecahan banyak penjuru yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Banyak penjuru macam mana? PAS sedang berkerat rotan dengan PKR (isu MB Selangor), DAP sedang berkerat rotan dengan PAS (hubungan PAS-DAP dan putus di Sarawak) dan yang seperti itu.

Kepetahan dan kebolehan menipu tahap tinggi Anwar bagaimanapun, berjaya melindungkan semua ini dari dilihat oleh penyokong mereka dan rakyat Malaysia.  Bab mengalihkan perhatian ni memang Anwarlah juaranya di negara ini.


Tapi bagi yang faham ilmu politik dan kelentong Anwar macam penulis, kejanggalan ini begitu jelas sekali.

Anwar pada penulis sudah tentu berada dalam keadaan yang sangat sukar sekarang.  Sejak kemelut Menteri Besar Selangor lepas, banyak benda betul berubah dalam Pakatan Rakyat.  Paling ketara, imej Anwar dan PKR sebagai individu dan entiti yang tidak boleh dipercayai, sudah semakn jelas.

Sebelum ini, UMNO saja yang cakap, tapi kali ini PAS lihat sendiri bila 2 ADUN parti itu berpaling tadah dengan menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar walaupun bukan itu keputusan Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi PAS.

Tindakan bekas calon PKR di DUN Bukit Besi dalam PRU13 yang lepas, menyaman Presiden PAS juga, meningkatkan rasa curiga antara 2 parti penipu tersebut.

Dah kenalah tu, tipu rakyat tak habis-habis, sekarang tipu sesama diri sendiri.  Padanlah sangat dengan muka tu.

No comments:

Post a Comment