Tuesday, November 18, 2014

Minyak: Antara Jumlah Subsidi & Harga Pasaran Dunia


Joko Widodo atau Jokowi, sebelum menang pemilihan Presiden Indonesia, dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat.  Untuk menyokong gambaran itu dalam kempen, dipotretlah fotonya dalam keadaan paling marhaen seperti menyampu sampah di luar rumah, pakai baju kotak-kotak dan sebagainya.

Imej-imej ini menjadi kerana berbanding dengan pesaing dalam merebut jawatan Presiden Indonesia, Prabowo yang terkait rapat dengan legasi mewah bekas Presiden Allahyarham Suharto (Prabowo adalah bekas menantunya), imej marhaen Jokowi sudah tentu lebih memikat rakyat Indonesia.

Akhirnya Jokowi menang dan Prabowo kalah, kita semua tahu ini.

Tapi dalam jiwa-jiwa rakyat itupun, Jokowi membuat keputusan yang 'tidak berjiwa rakyat' apabila menaikkan harga minyak sebanyak Rp2,000/liter kepada Rp8,500/liter semalam.  Walaupun kurang Rp1,000 berbanding yang dihebohkan sebelumnya, tapi kenaikan itu tetap mengundang bantahan besar-besaran dari rakyat Indonesia.

Respon negatif rakyat Indonesia itu bagaimana pun tidak mengujakan penulis, itu biasalah. Penulis lebih berminat dengan pendekatan yang diambil Jokowi, yang mana hampir sama dengan pemerintah disini - mengurangkan subsidi bahanapi pada saat harga minyak mentah dunia menunjukkan trend penurunan.

Walhal Indonesia adalah negara pengeluar minyak yang menjadi ahli OPEC (pengeluaran sehari lebih 1 juta tong), Malaysia pun tidak layak menjadi negara anggota OPEC kerana pengeluaran minyak sehari kita tidak lebih 600,000 tong.

Ikut logik, tak sepatutnya pemimpin 'berjiwa rakyat' seperti Jokowi kurangkan subsidi minyak

Tapi bila subsidi minyak tetap diturunkan Jokowi, ia membawa maksud bahawa keputusan itu berkaitan dengan jumlah subsidi yang kerajaan terpaksa tanggung.

Kalau ada faktor harga minyak dunia naik pun, ia tetap balik pada jumlah subsidi juga. Sama macam kita disini.  Jadi nak kutuk kerajaan BN buat apa bila ada kerajaan lain di dunia ikut langkah yang sama?

No comments:

Post a Comment