Tuesday, November 11, 2014

Penubuhan 1MDB Bukan Amalan Luar Biasa Kerajaan;


Isu berkaitan 1MDB ini nampaknya masih diperkatakan walaupun sudah berjela-jela penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan, lepas satu, satu. Luar kerajaan, dalam kerajaan, dalam UMNO, luar UMNO, semua ada, mentang-mentang perhimpunan agung nak dekat.

Semuanya tentang bon RM 5 billion yang dijamin kerajaan untuk membolehkan 1MDB memulakan operasinya selain modal perniagaan sebanyak RM 1 juta.

Walaupun risikonya kita tahu, kerajaan akan hilang RM 5 billion itu kalau 1MDB mengalami kerugian, tapi aset 1MDB yang bernilai RM 51 billion (berbanding liabiliti RM 41 billion), mampu menampung 'kerugian' tersebut (jika ia berlaku).

Senang kata, kalau 1MDB bankrap esok atau lusa pun, nilai aset ini mampu membayar semula RM 5 billion tersebut.  Apa yang pening sangat?  Ini bahasa mudahnyalah, kalau nak dibaca terma-terma perniagaan dan ekonominya, mahu berbelit otak.

Lagipun nak bimbang apa, selain jamin bon RM 5 billion dan modal permulaan sebanyak RM 1 juta, wang kerajaan tidak akan mengalir lagi untuk menampung operasi 1MDB.  1MDB tak macam Khazanah, yang mana operasi syarikat tersebut atas ke bawah menggunakan wang rakyat.

Sebagai syarikat yang berasaskan keuntungan, 1MDB kita percaya akan menjana pendapatan untuk memastikan nilai syarikat tersebut  meningkat dari masa ke semasa.  Apatah lagi, kebanyakan aset yang 1MDB miliki hari ini, mempunyai kontrak jangka panjang yang boleh menjamin pendapatan/keuntungan berterusan untuk syarikat tersebut.

Selain itu, satu fakta yang mungkin ramai orang tak tahu, keputusan kerajaan mewujudkan 1MDB sebenarnya bukan amalan baru tapi pernah dilakukan dulu ketika kerajaan, pada zaman pentadbiran Tun Mahathir Mohammad membuat keputusan untuk menubuhkan Perwaja Steel di Terengganu.

Dari segi konsep dan matlamat kenapa ia ditubuhkan, semuanya sama, walaupun Perwaja mengkhusus pada perniagaan keluli dan besi sementara 1MDB menceburi bidang perniagaan yang pelbagai.

Cuma bezanya, dalam kes Perwaja, syarikat itu dah bankrap dengan menanggung kerugian sebanyak RM 11 billion sedangkan 1MDB belum lagi, hanya kebimbangan tidak berasas di sana sini.


No comments:

Post a Comment