Tuesday, December 2, 2014

Bukti Kehebatan Syarikat Kerajaan Di Bawah Mahathir

Ulasan terbaru chedet dalam blognya mengenai kewajaran kerajaan mewujudkan syarikat-syarikat, sebetulnya sedikit memeningkan kepala penulis.

Walaupun tidak disebut, tapi penulis yakin dan percaya bahawa tulisan itu merujuk kepada tindakan kerajaan mewujudkan IMDB yang menjadi sasaran Tun Mahathir kebelakangan ini.

Penulis jadi pening, kerana amalan kerajaan menubuhkan syarikat untuk memperoleh keuntungan, bukanlah satu perkara baru, malah telah lama dilaksanakan oleh Perdana Menteri terdahulu termasuk Tun Mahathir sendiri.

Seingat penulis (kalau salah harap maafkan), dibawah pentadbiran Mahathir sendiri ada begitu banyak syarikat yang asalnya milik kerajaan, kemudian diswastakan, diambil alih semula oleh kerajaan.  Antaranya ialah TNB, MAS, Renong, Pos Malaysia, Perwaja, Bakun dan lain-lain.

Walaupun ada usaha meleraikan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat tersebut, tapi usaha itu tidak berjaya kerana diakhirnya kerajaan terpaksa juga mengambil semula syarikat-syarikat berkenaan dan meletakkannya dibawah pengurusan Khazanah - sayap pelaburan kerajaan.

Bukan ambil alih saja-saja, malah ada diantara syarikat-syarikat berkenaan mengalami kerugian ketika diambil alih.  Perwaja contohnya, mencatatkan kerugian sebanyak RM 11 Billion dan liabiliti ini turut diambil alih oleh kerajaan kerana tidak ada pihak yang sanggup menanggung kerugian sebesar itu.

Jadi kalau penubuhan 1MDB ini salah dari segala segi yang terdapat dalam coretan Mahathir, apa pula penjelasan tentang tindakan kerajaan dibawah pentadbiran beliau mengambil alih syarikat-syarikat di atas?




No comments:

Post a Comment