Tuesday, December 9, 2014

Outsyed Bukan Blogger Bangang Pun Tapi Blogger Haram Jadah

Bukan mudah jadi seorang yang mendapat perhatian Perdana Menteri walaupun perhatian itu dalam bentuk 'bad book', bukan 'good book'.

Justeru, walaupun bukanlah sesuatu yang patut diraikan tapi kita yakin akan ada juga yang cukup bangga walaupun sekadar perasan yang perhatian itu ditujukan kepadanya.

Inilah yang terjadi dalam kes Blogger meroyan, Outsyedthebox  apabila mengulas tentang ungkapan 'Blogger bangang' yang diucapkan Perdana Menteri semasa ucapan pengulungan perhimpunan agung UMNO yang lepas.

Kita tidak pasti dengan apa cara Syed celup ini boleh perasan yang ungkapan itu ditujukan kepadanya. Yang kita faham Perdana Menteri menujukan ungkapan itu kepada Blogger dibayar UMNO tapi menyerang parti sendiri.

Sementara Syed kita yakin bukan masuk dalam kategori tersebut (atau mana-mana kategori penulis maya dalam UMNO). Maaf cakap, dikalangan blogger pro UMNO, dia dikenali bukan sebagai Blogger bangang pun tapi Blogger haram jadah. Tulisannya penuh dengan hasutan dan kebencian, kadang - kadang ada juga penipuan. Ini pernah berlaku.

Cuma sebab dia cepat delete posting itu; terselamat dia dari tindakan undang-undang.

Bahkan dia juga mengaku hanya pernah menerima wang RM300 yang diberikan bekas ketua UMB Tun Faisal - yang mana memang itupun nilai untuk tulisan macam dia.

Tidak ada bayaran apa yang lain diberikan kepadanya, jadi dengan apa cara dia rasa ungkapan Blogger bangang itu didekasikan Perdana Menteri kepada dia? Malu lah sikit oooiii.

Dari apa yang kita difahamkan, memang wujud beberapa orang Blogger yang menerima bayaran dari UMNO untuk mempertahankan parti di media sosial, akhirnya bertukar menjadi pengkhianat dengan menyerang parti semula.

Tapi kita dimaklumkan bahawa nama Blog manusia perasan ini tidak termasuk dalam senarai itu.

Ini Blogger pro UMNO yang kita dok cakap ni, bukan Blogger KIMMA!!! Dah tentulah Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO tahu siapa yang dimaksudkan.

Mungkin dalam perhimpunan agung tahun depan, Perdana Menteri perlu adakan kategori khas untuk Blog seperti Outsyedthebox supaya dia boleh kembang sekejap kerana dapat perhatian Perdana Menteri.

Nampaknya dia memang jenis gila perhatian, tak kiralah perhatian tu dalam bentuk apa.

Sungguh malang sekali.

No comments:

Post a Comment