Monday, January 19, 2015

Daim Bukan Lembu Suci


Penulis tidak pasti sama ada wujud atau tidak gerakan untuk menjatuhkan imej Daim menggunakan media arus perdana seperti yang di dakwa beberapa pihak sebelum ini.

Tapi kalau gerakan itu wujud sekalipun, apa yang masalahnya?  Daim boleh wujud gerakan nak jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenapa kumpulan penyokong Najib atau Najib sendiri tak boleh nak adakan gerakan menjatuhkan imej Daim?

Lebih celaka bila Daim menggunakan media sosial pro pembangkang untuk melempiaskan rasa tidak puas hati kerana kononnya diserang media pro kerajaan.  Kenapa dia guna media pro pembangkang boleh, Najib guna media pro kerajaan tak boleh?

Ini logiknya, bukan mengesahkan sama sekali bahawa wujud gerakan oleh pihak Najib untuk menjatuhkan imej Daim.  Daim sama seperti Mahathir, dia percaya apa yang dia nak percaya saja, betul atau tidak belakang kira.

Penulis melihatnya begitu.  

Sementara kita boleh menerima tindakan Daim mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Najib, kenapa Daim tidak boleh menerima wujudnya gerakan untuk menjatuhkan imej beliau - kalau gerakan itu wujud sekalipun?  

Daim bukan lembu suci yang tidak boleh disentuh.  Jika Daim lembu suci sekalipun, kalau kita nak sentuh dia juga di media sosial ini, dia nak buat apa?  Nak marah ke?  Marahlah, peduli apa.

Jadi kepada yang menyokong Daim, terima sajalah hakikat bahawa Daim juga patut bersedia dikritik bila dia mula mengkritik Najib dengan menggunakan orang-orang macam Kadir Jasin dan sebagainya.

Ini permainan yang dia pilih bila kecewa tak dapat layanan 'diraja' dari Najib, termasuk gagal memiliki sebuah syarikat pengeluar tenaga bebas akibat kalah bida dengan 1MDB.

Cuma penulis minta kalau gentleman, jangan libatkan rakyat dalam hal ini kerana tujuan Daim mengkritik Najib bukan ada kaitan sama sekali dengan agama, bangsa dan negara, mahupun masa depan anak cucunya seperti mana kata Kadir Jasin semaam, tapi lebih kepada kepentingan peribadinya semata-mata.

No comments:

Post a Comment