Thursday, February 12, 2015

Jika Najib Tidak Boleh Memuaskan Hati Tun Mahathir, Tiada Siapa Yang mampu (I)

Serangan terbaru bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri dan Kerajaan bukan perkara luar biasa mahu pun aneh. Sejarah perjalanan Mahathir Mohamad, sejak dunia mengenalinya, penuh dengan pertelingkahan dan perbalahan.

Tun Mahathir dibesarkan dengan perasaan tidak puas hati dan tidak pernah berpuas hati. Dari zaman muda sehingga ke umur lebih 80 tahun, Tun Mahathir sentiasa mencari jalan untuk mencari musuh. Survival beliau adalah melalui krisis dan pertelingkahan. 

Semasa zaman belajar di Universiti beliau memilih untuk berbalah dengan British dan kemudiannya orang-orang agama. Apabila beliau menjadi ahli politik, beliau memilih untuk bergaduh dengan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman, dan kaum Cina.

Apabila menjadi Perdana Menteri, beliau bergaduh di dalam dan di luar negara. Dari manusia sekecil Ibrahim Libya dan Khairy Jamaluddin sehinggalah kepada nama besar seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Musa Hitam, Tengku Razaliegh, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi dan Pairin Kitingan. Malah pada suatu ketika beliau pernah bertelingkah dengan Daim Zainuddin.

Di luar negara beliau bergaduh dengan Perdana Menteri Britain, Margaret Tatcher (menerusi dasar Buy British Last), Perdana Menteri Australia, Paul Keating, Presiden US, George Bush dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew.

Bukanlah pula kita mahu menyatakan semua pergaduhan ini salah Mahathir atau berpunca daripada Mahathir. Sesungguhnya sebahagian pergaduhan itu Mahathir punya asas kuat, dan sebahagian lagi merupakan satu kesilapan manusia.

Sejarahnya, survival dan kegemilangan politik Mahathir kerana beliau sentiasa mencipta krisis dan tahu ketika yang tepat  untuk menang di mata umum. Siapa Mahathir tanpa krisis dan pertelingkahan?

Justeru janganlah hairan sebaik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, Tun Mahathir meningkatkan "hentaman dan hentakan" ke atas pentadbiran Mohd Najib Razak.

Apabila Mahathir mengisytiharkan tidak lagi menyokong Mohd Najib, ia bermakna beliau mahu menggantikan Mohd Najib dengan seseorang yang lain.

Namun Mahathir sehingga kini tidak mempunyai calon yang cukup kuat untuk ditolak ke atas sebagai Perdana Menteri. Ini berbeza dengan penggantian Pak Lah kepada Mohd Najib kerana ketika itu beliau mempunyai calon Mohd Najib dan Muhyiddin Yassin.

Kali ini Muhyiddin dengan jelas memberi isyarat beliau tidak akan menjadi pemberontak seperti zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Siapa tidak mahu menjadi Perdana Menteri? Namun Muhyiddin tahu, jika Najib tidak boleh memuaskan Mahathir Mohamad, tiada siapa pun boleh.

Skrip yang sama akan berulang selagi Mahathir masih bertongkat langit biar siapa pun Perdana Menteri.

Mana ada bumi tidak ditimpa hujan. Mana ada pentadbiran tidak ada kelemahan. Namun serangan Mahathir seolah-olah lupa bahawa selama 22 tahun pemerintahan beliau lebih banyak wang ringgit hangus dalam pelbagai projek beliau yang gagal.

Hakikatnya, belum ada satu projek Mohd Najib yang merugikan wang negara, namun Mahathir menulis seolah-olah negara ini telah lumpuh.

Mahathir menulis, "Marcellus in Shakespeare’s Hamlet remarked that “something is rotten in the state of Denmark.” Perhaps from the complaints being made by Malaysians about Malaysia one might say there is something rotten in the state of Malaysia."

I'm sorry Tun, if something is rotten in Malaysia, surely it's begun a long time ago under your leadership.

No comments:

Post a Comment