Friday, February 13, 2015

Mahathir Patut Terima Jemputan Jadi Ketua Umum


Penulis tak pasti apa motif sekumpulan ahli PKR membawa banner meminta PKR melantik Tun Mahathir sebagai Ketua Umum. Tak perlu penulis ulas panjang kenapa permintaan ini janggal dan pelik, semua orang tahu jawapan.

Ramai kata nak menyindir, ramai kata memang pembangkang tengah takde kepala, nak orang UMNO macam Mahathir juga seperti mereka nak bekas UMNO macam Anwar dulu untuk ketuai mereka, seolah-olah pembangkang gagal hasilkan pemimpin yang berkualiti.

Jangkaan ini adalah berdasarkan kualiti banner yang digunakan dalam demonstrasi tersebut yang katanya bukan dari jenis murah dan rendah.  Selain yang mengetuai pun Naib Cabang Lembah Pantai - kawasan parlimen anak Anwar.

Apa pun, penulis cadang Mahathir terima jawatan tersebut kerana Anwar memang produk Mahathir. Siapa pun tidak peduli Anwar setelah kegagalan gerakan pelajarnya tahun 70an dulu kalau tidak Mahathir yang bawa dia ke dalam kabinet dan calonkan dalam pilihanraya.

Soal lama-lama tu lupakan lah.  Soros yang nak bankrap kan negara ini pun Mahathir boleh maafkan, apa sangat Anwar. Bukan Mahathir yang dia liwat pun, tapi orang lain.

Ini satu cabaran baru buat Mahathir kerana tidak pernah seumur hidupnya dia dijemput menjadi ketua sebuah parti pembangkang yang musuh dia tubuhkan.

Mahathir juga yang selalu kata musuh tak selamanya musuh, kawan tak selamanya kawan.  Sesuai dengan pepatah tersebut, inilah masanya buktikan apa yang dia cakap.

No comments:

Post a Comment