Monday, February 2, 2015

MIC: Kadir, Siapa Kamu Sehingga Najib Nak Lapor Setiap Perkembangan?


Kemelut MIC ini memang meruncing dan semua orang lega bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Penulis percaya pada saat artikel ini ditulis, pelbagai perbincangan ke arah menyelesaikan masalah tersebut sedang berjalan dengan jayanya.

Buat permulaan, semua pihak bertelagah dalam parti tersebut telah mematuhi arahan Perdana Menteri untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.  Semua pihak bertelagah dalam MIC pun bersetuju menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini menunjukkan keyakinan MIC dan masyarakat India secara umumnya terhadap kepimpinan Najib.

Dalam masa yang sama, janganlah orang yang tidak berkaitan dengan MIC dan politik tanah air, masuk campur dalam urusan ini, orang macam Kadir Jasin.  Dia bukan India pun atau orang politik yang berjaya sehingga nak buka mulut.

Sepanjang hidupnya dia hanya mengulas politik, termasuk menjadi alat kepada pihak-pihak yang mahu memperalatkannya dengan 'harga' yang sesuai.  Itupun setakat mengulas benda yang sudah selesai, bukan yang belum selesai.

Adakah Kadir mahu Najib atau mana-mana kepimpinan MIC melaporkan kepada Kadir setiap saat dan jam perkembangan rundingan dalam menyelesaikan masalah tersebut?

Siapa Kadir dan apa besar dia sehingga Najib nak melapor setiap perkembangan usaha untuk menyelesaikan masalah MIC ini?

Fikir macam itu sudah.

No comments:

Post a Comment