Thursday, February 12, 2015

PRK Permatang Pauh Medan Penentang Najib Tunjuk Kekuatan



Penulis melihat pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan nanti bagi mencari pengganti Anwar Ibrahim yang sudah 2 malam sebagai penghuni di Sungai Buluh, sebagai medan baik untuk para penentang Perdana Menteri menunjukkan bukti kekuatan mereka kepada rakyat Malaysia.

Dalam sebuah negara demokrasi dimana penulisan dalam blog semata-mata tidak mampu menumbangan kerajaan, pilihanraya kecil seperti ini adalah platform yang sesuai, tidak ada yang lain lagi.

Matlamatnya bukan nak menang, calon BN pun sukar nak menang disini, tapi lebih kepada nak tunjuk kepada rakyat akan kekuatan mereka. Ini tulis Blog macam bagus tapi apa hasilnya entah.

Tajuk kempen nanti adalah seperti apa yang selalu ditulis dalam Blog - menentang Najib macam orang gila. Lambung isu 1MDB dan lain-lain isu yang digunakan untuk menghentam Najib selama ini. Kita nak tengok berapa ramai orang akan bagi sokongan kepada perjuangan yang macam itu.

Masa ini jugalah orang macam Kadir Jasin berpeluang tunjuk bakat sebenar dalam politik.  Penulis nak tengok berapa banyak undi dia boleh dapat dan setiap undi yang dia terima itu boleh dianggap undi protes terhadap kepimpinan Najib selain pembangkang.


Selain Kadir, Syed Akhbar Ali dan Gunalan juga boleh cuba nasib

Kalau banyak, penulis akur kepimpinan Najib ada masalah tapi kalau sikit, itu bermaksud, mereka yang ada masalah.

No comments:

Post a Comment