Tuesday, March 3, 2015

Anwar Pun Takut Hilang Permatang Pauh

Selain terdesak nak keluar penjara, tindakan Anwar mengemukakan permohonan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung (YDPA), turut kerana bimbang kehilangan kerusi Permatang Pauh - kalau pilihanraya kecil diadakan dalam jangka masa terdekat.

Anwar tahu baik Wan Azizah mahupun Nuha, agak sukar untuk menang dengan selesa di Permatang Pauh kerana berbeza dengan dulu, Anwar kini adalah seorang pesalah seksual yang telah disabitkan dengan kesalahan. Kedua-duanya pula memikul beban tambahan sebagai isteri dan anak peliwat.

Sebab itu Anwar perlu 'beli masa', sekurang-kurangnya sehingga kesan dari  status sebagai peliwat tu berkurangan, kalau tak banyak, sikit. Sekarang semua fakta yang meletakkan Anwar 5 tahun dalam penjara, masih segar dalam kepala rakyat.

Dengan Tan Sri Shafie Abdullah pun aktif mengadakan sesi penerangan kenapa liwat kali ini tidak boleh dikaitkan sebagai konspirasi politik, agak tidak selamat untuk diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.


Kalau diadakan juga, bimbang gambaran-gambaran seperti sujud menonggeng, KY Jelly, kepala sperma dan sebagainya, bermain di minda rakyat Permatang Pauh dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundian.

Ini yang Anwar cuba elakkan dengan mengemukakan permohonan pengampunan diraja ini, bukan dia peduli dengan rakyat Permatang Pauh sangat. Kerusi Permatang Pauh hanya untuk kesinambungan Anwar dalam politik semata-mata, bukan sebab peduli dengan rakyat.

No comments:

Post a Comment