Friday, March 13, 2015

Bila Mahathir Ditipu Penasihatnya

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berumur hampir 90 tahun hanya dibantu oleh seorang Pegawai Khas bekas wartawan NST, seorang bekas editor NST yang percaya kepada pelbagai teori konspirasi dan seorang bekas pegawai kanan kerajaan. 

Maklumat beliau bukan saja tidak tepat lagi malah kadang-kadang hanya ditulis berdasarkan gosip-gosip tanpa mengambil kira kebenaran. 

Dalam catatan menyerang Najib Razak hari ini, Mahathir mempertikaikan kekayaan anak tiri Najib Razak dengan menulis: 
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.


Namun kenyataan ini dipatahkan oleh seorang Facebooker Azizi Safar:


Ada seorang rakan menghantar mesej bertanyakan apa yang Tun Dr Mahathir cuba buktikan dengan tulisan terbaru di blog beliau hari ini. Aku tiada jawapan kepada soalan tersebut. 

Aku sudah membaca tulisan blog tersebut. 

Ada beberapa perkara dalam tulisan itu yang boleh dipersoalkan. Antaranya, artikel itu menyatakan filem "Wolf of Wall Street" terbitan Red Granite Pictures syarikat milik anak tiri Najib Razak dan diarah oleh Martin Scorsese tidak mengaut sebarang keuntungan. 

Menurut maklumat di Internet, filem tersebut dihasilkan dengan kos USD 100 juta dan mengutip sejumlah USD 392 juta di box-office. Secara kasar filem itu membuat keuntungan sebanyak USD 292 juta.

Che Dett pun boleh buat silap juga...

Janganlah malukan Tun Mahathir sedemikian rupa dengan fakta bohong dan palsu.

No comments:

Post a Comment