Wednesday, April 8, 2015

Dari Negarawan Dah Jadi Pekungwan


Nampak benarlah Mahathir dah dimamah usia sehinggakan pelbagai perbandingan yang dibuat untuk menjelaskan pelbagai dakwaan yang dilempar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, dibalas dengan jawapan yang hanya mendedahkan pekung nya sendiri.

Sesuai dengan tajuk, dari negarawan dah jadi pekungwan, nasib baik tak sawan.

Beberapa dekad lamanya penulis tidak percaya dakwaan Anwar Ibrahim dan pembangkang bahawa Mahathir menghilangkan puluhan billion wang negara dalam pelbagai urusan perniagaan yang merugikan, sekarang Mahathir sendiri sahkan bahawa semua dakwaan itu benar belaka.

Tak tahu nak letak muka di mana. Nasib baik penulis bukan penyokongnya lagi.

Pulak tu, penjelasan hanya diberi setelah 12 tahun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (ada kata, separuh dari persoalan itu dah dijawab dalam buku memoirnya tapi masih lagi setelah dia letak jawatan), kenapa tidak sewaktu semua wang itu hilang? Kenapa sekarang?

Lagi satu, siapa yang nak terima dakwaan Mahathir bahawa kehilangan puluhan billon wang negara itu semasa dia memang jadi Perdana Menteri sebagai 'tidak mengapa' kerana rakyat tahu ke mana wang itu hilang? Itu jawapan jenis apa?

Sehingga diakhir nya Mahathir kini dari seorang yang dilihat maksum oleh mereka yang memujanya, dah macam pesakit kusta sekarang bila mengakui sendiri banyaknya wang negara yang hilang ketika dia menjadi ketua pentadbir.

Untungnya, dia mengaku hanya setelah letak jawatan, sedangkan Najib diminta menjawab sekarang - itupun belum tentu Mahathir puas hati dengan jawapan yang diberikan.

1MDB yang dijadikan isu hari ini untuk menghentam Najib, belum lagi merugikan wang negara sebagaimana kerugian RM30 billion oleh Bank Negara dalam urusan tukaran wang asing, RM 10 billion dalam skandal Perwaja dan sebagainya - nampak macam dah jawab semua, tapi belum separuh pun dari begitu banyak skandal yang berlaku pada zamannya.

No comments:

Post a Comment