Thursday, April 23, 2015

KJ Atau Zambry Biaya Gerakan Azwan Bro Tumbang Najib?


Setelah rancangan jahat untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro dan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO terdedah, timbul persoalan, pihak manakah yang membiayai gerakan tersebut, adakah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin atau Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir?

Dua nama ini dikaitkan kerana mereka adalah individu yang sangat rapat dengan Azwan Bro.  Zambry sebagai contoh menjadikan Azwan Bro sebagai Pengerusi di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan yang dibiayainya.

Zambry juga diketahui bukan penyokong Najib dan dikatakan pernah mengugut untuk keluar parti bersama penyokongnya jika tidak dikekalkan jawatan Menteri Besar Perak.  Sebab itulah, sekalipun Zambry dilihat gagal kerana hanya berjaya menjarakkan 2 kerusi DUN dengan pembangkang dalam PRU13, dia masih dikekalkan sebagai Menteri Besar, kerana ugutan itu.

Sementara Khairy pula sudah pastilah, dah Naib dia.

Yang biaya ini penting sebab ia menunjukkan siapa yang bertanggungjawab nak menggulingkan Najib.  Kepala ini kita cantas, barulah boleh selesaikan semua masalah.  Kita tidak rasa Azwan Bro mampu bergerak bersendirian tanpa ada yang membantu di atas.

UMNO perlu dibersihkan dari anasir macam ini kalau nak berdaya saing dengan pembangkang dalam PRU14 yang akan datang.  Datuk Seri Najib tidak lagi boleh dikelilingi dengan opportunis politik yang hanya menunggu masa untuk menangguk bila air dah keruh.

Macam sekaranglah, bila Mahathir menghambat Datuk Seri Najib dengan soalan-soalannya yang dah berulang kali dijawab, ada pulak yang cuba mengambil kesempatan untuk menumbangkan beliau dengan cara yang tidak demokratik.

No comments:

Post a Comment