Wednesday, April 15, 2015

Mukhriz Berniat Menentang Najib?


Tindakan ketua-ketu cawangan UMNO dalam DUN Bukit Lada yang beramai-ramai mendesak ADUN kawasan itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin menarik balik gesaan agar Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk meletakkan jawatan, dikhuatiri di dalangi oleh Mukhriz sendiri.

Ini setelah ada maklumat mengatakan Setiausaha Politik Mukhriz, Datuk Azimi Daim yang merancang perhimpunan tersebut.  Tidak mungkin Azimi berani kalau bukan dengan kebenaran Mukhriz.

Dimana salah Ahmad Lebai Sudin bila beliau hanya mendesak Mukhriz agar segera menyatakan pendirian untuk mengelak UMNO Kedah dilihat berpecah setelah Mahathir tak pasal-pasal menyerang kepimpinan Najib?

Maksud lain, Ahmad Lebai Sudin hanya mahu UMNO Kedah bersatu padu dengan menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib, apa yang salah dengan itu sehingga beliau nak didesak untuk meletak jawatan?

Selain itu, ada juga maklumat mengatakan Mukhriz sudah mula memberi peruntukkan kepada bahagian-bahagian UMNO seluruh Kedah sedangkan sejak mula dilantik menjadi Menteri Besar, Mukhriz seakan tidak mempedulikan semua bahagian ini (dari sudut kewangan) sehingga menyukarkan mereka untuk bergerak dan membantu rakyat.
Tindakan ini memang menimbulkan persoalan, kenapa sekarang?  Kenapa bila timbul perbalahan antara Mahathir dengan Najib, baru peruntukkan nak disalurkan?

Hubungan Mukhriz dengan hampir semua ketua-ketua bahagian UMNO Kedah dikatakan renggang kerana isu ini (peruntukkan).  Salah satu kebimbangan Mahathir yang membawa kepada serangan terbuka terhadap kepimpinan Najib ialah kerana Mahathir pun tahu Mukhriz sudah kehilangan sokongan di Kedah.

Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera oleh Mukhriz agar tidak jadi polemik berpanjangan.  Tidak mengapa kalau Mukhriz tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri tapi jawatan tu lepaskanlah, beri kepada orang lain.

Takkan nak tunggu kena pecat? Kalau zaman ini Mahathir jadi Perdana Menteri, dah lama orang macam Mukhriz ditendang begitu saja.

No comments:

Post a Comment