Monday, May 4, 2015

Apa Maksud Mukhriz Kritikan Mahathir Tak Jejas UMNO?


Bagaimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat bahawa kritikan bapanya (nama tak perlu ulang banyak kali) terhadap Perdana Menteri tidak boleh menjejaskan UMNO, terutama dalam saat berhadapan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Rompin?

Suruh Perdana Menteri letak jawatan, bantai GST, tuduh Perdana Menteri arah bunuh Altantunya dan sebagainya, ini tak boleh jejas UMNO?

Bukan setakat itu, bapanya juga mengadakan satu gerakan, dijalankan sebilangan orang tertentu dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang meletakkan Mukhriz di tempatnya sekarang.

Terbaru kita difahamkan, Mahathir sedang memperalatkan ketua-ketua bahagian UMNO di kawasan yang BN tidak pernah menang seperti Cheras dan beberapa bahagian lagi untuk menentang Perdana Menteri.

Duit bukan masalah, kroni-kroni yang Mahathir kayakan pada zamannya tidak ada masalah untuk mengeluarkan wang bagi membiayai gerakan ini.
Apakah ini tak jejas UMNO?  Gila ka!!

Kalau dibenarkan dan dibiarkan berleluasa macam ini, Kedah pun boleh tumbang, dahlah kepimpinan Mukhriz pun dipertikai banyak pihak terutama di kalangan Ketua Bahagian UMNO di Kedah, campur dengan kritikan macam ini, lagilah hancur jadinya.

Mukhriz sepatutnya tidak harus lagi berpura-pura dan mengeluarkan kenyataan bodoh macam ini.  Jalan terbaik ialah dengan mengundurkan diri sehingga Mahathir mati.  Selepas itu, tidak ada halangan lagi untuk Muhkriz maju dalam politik.

No comments:

Post a Comment