Sunday, May 24, 2015

Apabila Mahathir Terlupa Lagi



Tun Mahathir berada dalam keadaan dendam kesumat dan kebencian yang mendalam apabila beliau munuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbohong dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura.

Mahathir berkata, “Jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.”



Mahathir mendakwa Mohd Najib melakukan kesalahan di bawah Kanun Acara Jenayah (Penal Code) apabila memberi jawapan yang tidak benar kepada Parlimen dalam jawapan bertulis pertama.


10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

Inti pati Keseluruhan petikan Penal Code tersebut harus membawa maksud “pemberi jawapan mengetahui maklumat yang beliau berikan tidak benar dan bertujuan memberi maklumat yang salah kepada orang ramai atau kerajaan bagi melindungi sesuatu.”

Apakah Mohd Najib tahu maklumat tersebut salah dan beliau tetap memberi jawapan tersebut kepada Parlimen?

Sesiapa yang waras pun tahu adalah tidak masuk akal untuk Perdana Menteri memberi maklumat yang salah kepada Parlimen jika beliau mengetahuinya.

Mohd Najib tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), justeru beliau tidak perlu berbohong untuk menyelamatkan dirinya.

Malahan jika beliau memberi jawapan asal seperti dalam pindaan ini pun tiada sebarang kesalahan atau masalah kepada beliau. Amaun tetap ada cuma dalam bentuk aset bukannya tunai.

Mengapa Mohd Najib perlu menipu sesuatu yang tiada sebarang akibat kepada beliau dan kerajaan beliau?

Dalam penyediaan jawapan bertulis Parlimen, soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen akan dihantar kepada Menteri terbabit. Pejabat Menteri terbabit akan menghantar soalan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk memberi jawapan. Jawapan disediakan oleh pihak yang berkaitan. Menteri dan Perdana Menteri bergantung kepada kejujuran para pegawai berkaitan yang memberi jawapan.

Dalam konteks ini, 1MDB dan Kementerian Kewangan merupakan pihak yang menyediakan jawapan untuk Perdana Menteri bagi 1MDB. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mungkin akan meminta penyata akaun 1MDB untuk menyemak sendiri kedudukan kewangan tersebut.

Sebagai Perdana Menteri, Mohd Najib perlu mempercayai pegawai bawahan beliau dalam menyediakan jawapan.

Sebab itu, apabila terdapat dakwaan bahawa tiada wang tunai 1MDB di Singapura Mohd Najib mengarahkan siasatan dalaman dan akhirnya membuat pindaan kepada jawapan Kementerian Kewangan di Parlimen.

Jika beliau ingin menyembunyikan sesuatu mengapa beliau sendiri membuat pindaan?

Justeru persoalan pindaan jawapan Najib Razak baru-baru ini ialah, apakah ia satu kesilapan bendul atau ia dirancang oleh penyokong Tun Mahathir yang mahu memerangkap Mohd Najib?

Tun Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan Mohd Najib. Ia tidak mustahil kesilapan maklumat seperti ini disengajakan untuk memerangkap Mohd Najib oleh mereka yang menyokong Tun Mahathir.

Jika tidak, mengapa Tun Mahathir membangkitkan isu Penal Code kerana beliau sendiri tahu bahawa penyediaan jawapan Parlimen disediakan oleh pegawai yang bertanggungjawab bukannya Menteri itu sendiri.

Tun Mahathir juga mungkin lupa bahawa perbahasan dan jawapan di Parlimen oleh Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di Mahkamah. Mereka terbabit hanya boleh dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib Parlimen sahaja.

Apakah ini ada kena mengena dengan khabar angin bahawa gerakan Tun Mahathir ialah untuk menyingkir Mohd Najib dalam sidang Parlimen kali ini?

No comments:

Post a Comment