Friday, May 15, 2015

Balik Umrah, Dosa Baru Apa Mahathir Nak Buat?


Posting terakhir Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.cc, tidak begitu menarik minat orang atas beberapa sebab.

Antara lain sebabnya ialah, isu kononnya dana Tabung Haji nak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB telah kecoh lebih awal oleh pendedahan yang dibuat blog tidak bertanda dan kedua, selain itu, tidak ada cerita baru, masih cerita lama yang diulang tayang.

Kemudian Mahathir pergi menunaikan umrah menggunakan jet rasmi kerajaan atau jet milik anaknya, Mokhzani Mahathir.  Hari ini khabarnya balik.

Tentang jet ini, mana-mana pun tak kisah (milik anak atau milik kerajaan), Mahathir tetap kena.  Agakya sebab itulah sehingga kini Mahathir tidak berani mengesahkan atau menafikan jet mana satu yang dia pakai.

Begitupun, penulis lebih berminat nak tahu, lepas balik dari umrah ini, apa dosa lagi yang Mahathir nak buat?  Fitnahnya konon pembelian tanah RM 188.5 juta oleh Tabung Haji dari 1MDB, boleh menyelamatkan syarikat yang ada hutang sebanyak RM 42 billion itu, mungkin Tuhan dah ampunkan semasa berdoa tunaikan umrah.

Fitnah yang baru selepas ini bagaimana, kerana penulis yakin Mahathir tidak akan berhenti selagi matlamatnya tak tercapai atau dia tu sendiri putus nyawa.

Menurut maklumat, Mahathir ada beberapa program di beberapa buah negeri bermula esok dalam siri jelajahnya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Kita yakin dalam setiap program ini Mahathir akan terus menyerang Najib, cuma angle apa serangan itu saja nak diketahui.

Apa pun ia, rakyat perlu tahu itu adalah fitnah dan dosa semata-mata.  Mahathir kisah apa, lepas buat fitnah, nanti naik jet dan pergi buat umrah sekali lagi - cuci dosa.

No comments:

Post a Comment