Monday, May 25, 2015

Jawapan Bertulis Mengenia 1MDB, Apakah Najib Berbohong?



Ramai yang seronok apabila Perdana Menteri menukar jawapan berhubung isu 1MDB. Paling menarik apabila isu yang sama turut digunakan oleh Mahathir untuk terus memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Para penjilat Mahathir melompat sakan kerana merasakan isu ini akan berjaya menghakis kekepercayaan rakyat terhadap kerajaan.




Walaupun ia sedikit sebanyak memberi kesan, namun tidak semua yang sanggup mengikut rentak pembangkang seperti yang dilakukan oleh Mahathir dan para penjilatnya.

 
Rational disebalik isu jawapan bertulis itu:

JAWAPAN KENAPA KENYATAAN PM BERUBAH BERHUBUNG DUIT 1MDB DI SINGAPURA

1. Jika PM berbohong tidak mungkin pembetulan dibuat. Jika pembetulan sudah dibuat maksudnya sudah tentu ada kesilapan maklumat yang diterima oleh MOF dan bukan mudah bagi MOF untuk menyemak dokumen-dokumen ini dengan mendalam seperti juru audit.

2. Isu pertama, isu hutang RM5.8 bilion yang dipinjamkan oleh 5 konsortium peminjam kepada 1MDB yang mana sebahagian daripadanya telah dilaburkan ke dalam Petrosaudi. Sebanyak RM2 bilion daripada hutang ini telah dibayar penuh lebih awal dari jadual seperti dalam perjanjian. Baki RM3.8 bilion telah di'convert' kepada term loan yang tamat pada 2024.

3. Isu ketiga adalah isu pelaburan USD1 bilion ke dalam Petrosaudi. Petrosaudi telah memaklumkan bahawa mereka telah memulangkan jumlah ini bersama keuntungan sebanyak USD 488 bilion, dan ini telah dinyatakan dalam akaun beraudit 1MDB

4. Isu keempat, sebahagian daripada jumlah wang daripada pelaburan dalam Petrosaudi telah dikeluarkan dan bakinya sebanyak USD 1.01 bilion masih ada di Singapura dalam bentuk aset yang belum nyatakan. Maksudnya, wang yang dikeluarkan dalam tranche yang pertama benar2 wujud dan oleh kerana baki wang ini disimpan dalam bentuk aset yang lebih terlidung nilainya berbanding matawang, maka ia perlu dicairkan terlebih dulu.

5. Kenyataan telah dibuat oleh MOF berdasarkan maklumat yang diberikan dan pembetulan fakta telah dibuat. Sudah tentu maklumat yang lebih mendalam dan terperinci mengenai baki ini akan disahkan oleh Ketua Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam bulan Jun nanti.

 
Sementara itu, berikut adalah kenyatan rasmi Kementerian Kewangan berhubung isu yang sama

KENYATAAN AKHBAR

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .

Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut

Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.

Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.


Kementerian Kewangan
24 Mei 2015

No comments:

Post a Comment