Saturday, May 16, 2015

Mahathir Balik Hanya Disambut 100 Orang..Kelakarnya


Kepulangan Mahathir dari mengerjakan ibadah umrah semalam, hanya disambut lebih kurang 100 orang manusia, salah seorangnya ialah Abd Rani Kulop, raja laporan polis dan orang yang di dakwa banyak pihak tidak beberapa betul akalnya.

Tak hairanlah kenapa demi untuk menutup kekurangan itu, gambar-gambar yang diambil semuanya kategori close up, sebab taknak nampak sangat takdak orang.  Selain itu masing-masing mengelak dari mengambil gambar pesawat yang membawa Mahathir, takut jadi isu.

Apa pun, jumlah 100 orang ini, begitu berlawanan dengan tanggapan bahawa seluruh negara berada di belakang Mahathir untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  100 orang ini mewakili berapa percent sangat rakyat Malaysia?

100 orang ini pun dikirakan satu angka yang memalukan, melihat kepada jumlah page-page Facebook yang menyokong Mahathir.  Sesetengah tu mendakwa, merekalah yang sebenarnya membantu kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas berikutan jumlah like yang banyak.

Betul ke dakwaan macam itu bila nak hadirkan ramai orang untuk sambut Mahathir balik pun gagal begitu sekali.

Sememangnya dari dulu pun kita sudah tahu, apa pun jumlah di Facebook itu tidak menggambarkan jumlah sokongan di alam nyata, setakat nak tunjuk megah sesama sendiri bolehlah, tapi kesannya tidak ada 10% pun, dan dalam kes yang menyambut Mahathir semalam, kurang 1%.

Page-page itu mendapat jumlah like yang banyak pun kerana mereka menggunakan nama orang terkenal seperti Mahathir.  Cuba guna nama sendiri, dah tentu ibarat hidup segan mati tak mahu.

Jadi jelasnya, pengaruh page-page ini tidak ada.  Hanya yang berkenaan saja perasan page yang mereka kendalikan mampu membawa kesan.


No comments:

Post a Comment