Thursday, May 7, 2015

Mahathir Dalang Di Sebalik Putar Belit Tabung Haji/1MDB

Istana Mamak Madey
1MDB bukan syarikat milik keturunan Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi syarikat milik kerajaan.  Tabung Haji juga syarikat milik kerajaan, pun bukan syarikat milik keturunan Perdana Menteri.

Jadi apa masalahnya bila sesama syarikat kerajaan berurus niaga?  Harga murah atau harga tinggi bukan isu. 

PRIMA - syarikat kerajaan yang kerjanya buat rumah mampu milik untuk rakyat, pun beli tanah murah dengan kerajaan, kalau beli harga tinggi, macam mana nak jual kepada rakyat pada nilai rendah dari pasaran?

Ketika jadi Perdana Menteri, wang Petronas diguna Mahathir untuk selamat begitu banyak syarikat kroninya termasuk jadikan sesetengah syarikat itu sebagai syarikat berkaitan kerajaan - termasuk syarikat anaknya yang dibeli MISC dengan harga lagi tinggi dari pasaran pada tahun 1997.

MISC pada waktu itu adalah berada dibawah Petronas, kenapa tak jadikan isu?  

Belum cerita syarikat seperti Dana Harta, Dana Modal dan sebagainya yang semuanya ditubuhkan untuk ambil alih hutang tak berbayar (NPL) dan selamat syarikat kroni Mahathir dari lingkup akibat kejatuhan nilai matawang tahun 1997.

Yang penting sekarang, amalan seumpama ini (syarikat kerajaan berurus niaga dengan syarikat kerajaan yang lain) begitu berleluasa dibawah pentadbiran Mahathir macam takda salah, tapi jadi dosa bila berlaku zaman pentadbiran Najib.  

Sebab itu penulis kata, pelaburan dibuat anak syarikat Tabung Haji dengan 1MDB itu, diputar belit oleh Mahathir sendiri, guna blog hantu - memang cara Mahathir macam itu, dia sendiri takdak bukti..  
Tapi besok kalau takdak siapa berpusu-pusu keluarkan simpanan dari Tabung Haji, maknanya Mahathir gagal.

No comments:

Post a Comment