Sunday, May 17, 2015

Mahathir PM Paling Banyak Terima Desakan Untuk Letak Jawatan



Tun M ketika diwawancara oleh The Edge berkata beliau tak pernah didesak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh mana2 pihak.

Apa yang Tun nak sembunyikan apabila pada zamannya menjadi PM ada 8 individu pernah mendesaknya meletakkan jawatan sekitar tahun 1987, kira-kira enam tahun selepas dia menjadi PM?




Pada ketika itu, Tun tak mempedulikan desakan tersebut dan terus menjadi PM selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

Antara yang pernah mendesak Tun meletakkan jawatan sebagai PM ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Dr Rais Yatim, Tan Sri Syed Hamid Albar, Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir , Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan bekas Menteri Perusahaan Awam Datuk Abdul Manan Othman.

Malah beberapa laman blog melaporkan bahawa Tun merupakan PM yang paling banyak menerima desakan untuk melepaskan jawatan.

Antara kejadian yang menyebabkan timbul desakan itu ialah peristiwa Memali, pemilihan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO pada 1988, kerugian Bank Negara, kes Perwaja Steel dan isu berkaitan pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga pernah didesak letak jawatan kerana skandal pembelian 88 buah pesawat pejuang jenis Skyhawk pada awal 80-an.

Ia menjadi satu kontroversi kerana dari 88 buah yang dibeli, hanya separuh sahaja boleh digunakan itupun dengan pelbagai masalah teknikal sehingga dikatakan ramai juruterban Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang atau terbunuh dalam nahas.

Tun oh Tun, dah tua2 pun nak menipu lagi. Tak cukupkah selama 22 tahun jadi PM menipu dan merompak harta rakyat?

No comments:

Post a Comment