Monday, May 25, 2015

PAC Wajar Panggil Mahathir, Tanya Dia Hilang Ke Hutang?

Gambar Hiasan
Penulis lihat, dalam banyak-banyak pihak yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) untuk menyiasat 1MDB, satu pihak yang dirasakan tidak kurang pentingnya untuk membantu siasatan ini nampak tercicir dari senarai.

Yang dimaksudkan ialah Mahathir Mohamad  - mantan Perdana Menteri yang dah umum letak jawatan tapi masih nak main peranan dalam pentadbiran negara, macam orang gila talak.

Mahathir wajar dipanggil sebab rakyat nak tahu motif disebalik pelbagai fitnah yang dilemparkannya ke atas 1MDB.  Paling penting dakwaan kononnya RM 42 billion dihilangkan 1MDB - kenyataan yang kemudian berubah-ubah sebelum Mahathir mengakui wang itu bukan hilang tapi hutang.

Kita juga nak tahu benarkah serangan ke atas 1MDB ini kerana Mahathir rasa terancam dari segi kewangan.  Sebab ada dakwaan Mahathir ada kepentingan dalam beberapa syarikat yang di ambil alih oleh 1MDB.  

Menurut khabar angin, syarikat-syarikat berkenaan tempat Mahathir simpan semua kekayaannya tapi bila dah diambil alih 1MDB, ada kerugian di pihak Mahathir.  Bukan isunya tak dapat dut, tapi tak dapat duit berkoyan-koyan.

Dakwaan seumpama ini tidak menghairankan sebab yang wujudkan bisness lumayan IPP ini pun dulu ialah Mahathir sendri.  Silap-silap, dia yang wujudkan krisis tenaga pertengahan 90-an dulu sebagai alasan untuk wujudkan IPP.  

Bekas CEO TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Aroppe katanya tahu kes ini, tapi beliau telah  meninggal dunia dan membawa semua rahsia ini bersamanya.

Tapi itu kes lain cuma kita rasa Mahathir wajar dipanggil untuk memberikan penjelasan atas dakwaannya. Memandangkan Mahathir sudah terlalu tua untuk diseret ke Mahkamah, maka sesi pendengaran PAC adalah paling sesuai untuk mengadili Mahathir.

PAC bukan Mahkamah, tidak ada peguam dan tidak ada hakim.  Mahathir tahu sajalah, cukup alergik dengan hakim.

No comments:

Post a Comment