Tuesday, May 19, 2015

Pandikar Amin: Usahlah Mahathir Tegak Benang Basah


Mahathir tak seharusnya menyalahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin kerana tidak bersara seperti yang diumumkan Mahathir kelmarin. Mahathir juga tidak boleh menuduh Pandikar Amin berbohong bila dia sebenarnya yang berbohong.

Siapa Mahathir nak memandai-mandai mengumumkan Pandikar nak meletak jawatan? Kalau Pandikar nak letak jawatan, beliau boleh umum sendiri, tak payah melalui Mahathir pun.

Inilah masalahnya dengan Mahathir, dalam semua hal pun, bukan Pandikar kononnya nak meletakkan jawatan ini saja. Penulis yakin orang itu cakap lain, Mahathir dengar lain, dah terus buat pengumuman. 

Kes 1MDB pun penulis ingat cerita sama juga.  Itu sebab sekalipun dah tuduh PM dan 1MDB menggelapkan wang sebanyak RM 42 billion, diakhirnya selepas balik umrah, Mahathir tidak mengaku pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Cover malu la tew.

Tan Sri Pandikar harus menyaman Mahathir kerana memandai-mandai buat cerita konon dia sudah meletakkan jawatan.  Saman ini perlu kerana kelihatannya Mahathir tidak bertaubat, dah kantoi menipu pun dia cuba mengatakan dia tak salah, sebaliknya Pandikar yang salah.

Hanya dengan saman, baru Mahathir akan diam kerana kita tahu Mahathir cukup takut dengan saman lebih dari yang lain.  Mati pun Mahathir tak takut, tapi saman dia takut.

No comments:

Post a Comment