Saturday, May 30, 2015

Patut Ada Hadiah Wang Tunai Untuk Yang Dedah Harta Daim

Gambar Hiasan,
Bukan Mereka Berdua Sahaja Dalam Dunia Nama Mahathir & Daim
Sebuah NGO bernama Citizen Of Accountable Malaysia (CAGM) telah menawarkan hadiah RM 1 juta kepada sesiapa yang boleh mendedahkan nilai dan punca kekayaan Mahathir.

Kita menyokong tindakan ini kerana sememangnya nilai kekayaan Mahathir begitu 'misteri' walaupun sebenarnya tak berapa misteri kerana kita tahu ia dipegang oleh kroni-kroninya melalu pegangan secara tidak langsung dalam syarikat-syarikat tertentu.

Tapi sebab yang nak disentuh ini seorang legend (kononnya), maka tak boleh tuduh air liur saja, kena ada bukti.  Yang kononnya legend ini tak apalah, dia boleh tuduh. fitnah sesiapa pun ikut suka dia, legendlah katakan.

Nak dapat bukti pun tak boleh air liur juga, itu ada tawaran RM 1 juta tu.

Dalam masa yang sama, penulis nak lihat tawaran sama dibuat untuk orang-orang yang rapat dengan Mahathir, seperti Daim.  Nilai kekayaan Daim pun misteri juga. Dikatakan dia ni sebenarnya orang terkaya di Malaysia tapi namanya rak pernah masuk dalam senarai forbes sebab dia dikatakan menggunakan proksi, bukan nama sendiri.

Macam satu syarikat penerbitan yang lingkup semalam, itupun orang kuat Mahathir yang punya, tapi guna nama bininya, walhal kita semua tahu syarikat itu dia yang punya. Tapi ini hanya selinggan.

Pokok pangkalnya sekarang, harta kekayaan Daim juga perlu didedahkan, tak boleh kekal misteri macam sekarang sebab ia boleh merugikan negara dari segi kutipan cukai.  Kalau betul dia orang terkaya, patutnya cukainya yang perlu dibayar kerajaan perlu lebih tinggi dari yang disenaraikan sekarang ini.

Buat duit saja tahu, menyumbang balik pada kerajaan kurang, tak boleh macam itu.

No comments:

Post a Comment