Tuesday, June 16, 2015

Antara Dosa Dan Salah Laku Mahathir Sepanjang 22 Tahun



Sejak kebelakangan ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba mengambarkan kononnya dia seorang negarawan tulen.

Kononnya sepanjang regim pemerintahnya, dia seorang yang cukup prihatin kerana menjaga kepentingan negara.



Namun, pada hakikatnya selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, pentadbirannya tidak pernah sunyi dengan skandal, isu, salah laku.




Berikut adalah antara segelintir dosa yang pernah dilakukan oleh beliau:



 a)  Menyekat dan menghalang penyiasatan dilakukan keatas kroni-kroninya:  

*  Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur; 

*  Penyiasatan ke atas kes Perwaja dan Eric Chia atas tuduhan menipu kerajaan dalam skandal PKFZ.

*  Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong; 
*  Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta.
*  Kes penyelewengan saham MAIKA Holding.
 b)  Menyelewengan dana-dana awam

*  Pembinaan Projek lebuh raya Utara-Selatan kepada syarikat UEM, milik kroninya yang bernilai RM273juta; 

*  Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;

*  Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;

*  Pengambilalihan syarikat Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;

*  Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;  

*  Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);

*  Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;

*  Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;

*  Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;

*  Memaksa Petronas membeli saham Proton;

*  Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;

*  Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;

*  Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;

*  Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;

*  Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun; dan

*  Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan.




c)  Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara

*  Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;

*  Mengganggu penyiasatan BPR;

*  Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

*  Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya. 



d)  Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

*  Keruntuhan makmal computer;

*  Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

*  Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

*  Keretakan PULAREK; dan

*  Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi. 



e)  Mempengaruhi integriti dan kebebasan badan kehakiman

*  Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

*  Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand; 

*  Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.

*  Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;

*  Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;

*  Penghapusan bukti dalam kes video seks D. P. Vijandran.



f)  Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

*  Penyelewengan RM40 juta wang PPRT;

*  Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji;

*  Kerugian RM15b di Bank Negara;

*  Kerugian RM40 juta AIM;

*  Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

* Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000.



Kesimpulannya:



* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, dan kaum keluarganya.

* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

No comments:

Post a Comment