Tuesday, June 23, 2015

IPP Adalah 'Projek Khas' Untuk Kayakan Kroni Mahathir



Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope kemudiannya menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.



Disebabkan itu TNB akhirnya menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.yang dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir.

Manakala Petronas pula diarahkan menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Menurut rekod syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah itu telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.


Menjaga kroni

IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni Mahathir dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996.

Namun tindakan Najib menghapuskan subsidi untuk IPP itu telah menyebabkan kroni-kroni belaan Mahathir 'naik minyak'.

Mereka kemudiannya telah menghasut agar mantan Perdana Menteri itu mengunakan seribu satu cara untuk mamastikan Najib 'disingkirkan'  agar pendekatan dan sistem lama yang digunapakai sebelum ini dapat dikembalikan.

Ini kerana tindakan 'berani mati' yang dilakukan Najib untuk menyelamatkan kewangan negara dari terus mengalir kepada golongan yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan mereka kehilangan 'saluran kewangan'

Atas sebab itu 'gerakan' perlu dilakukan agar Najib berundur dan individu yang paling layak melaksanakan tugas tersebut ialah Mahathir.

Dengan populariti yang ada pada Mahathir ditambah dengan 'jasa' beliau mentadbir negara selama 22 tahun, rakyat sudah pasti akan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulutnya.

Ditambah dengan ayat-ayat manis Mahathir 'saya lakukan ini untuk rakyat dan negara' sudah pasti masyarakat akan menelan bulat-bulat setiap butir perkataan yang keluar.

Sedangkan pada hakikatnya semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah untuk menjaga 'periuk nasi' kroninya dan bukannya untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment