Saturday, June 20, 2015

IPP: Cara Mahathir Wujudkan Kekayaan Untuk Kroninya, Yg Tanggung Rakyat


Negara ini sebenarnya tidak perlu pun kepada syarikat-syarikat IPP, TNB saja dah cukup untuk membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia sebab TNB banyak menghasilkan tenaga eletkrik melalui sumber semula jadi seperti empangan dan sebagainya yang tidak akan habis sampai kiamat.  

Idea mewujudkan IPP ini adalah idea Mahathir sendiri untuk mencipta perniagaan untung jangka panjang bagi mengkayakan kron-kroni bukan Melayunya.

Tapi sudah tentu IPP tidak boleh diwujudkan begitu sahaja, mesti ada insiden yang mencetuskannya.  Inilah yang berlaku pada tahun 1992 bila negara bergelap selama 48 jam akibat masalah yang didakwa Mahathir sebagai kegagalan TNB membekalkan kuasa elektrik yang cukup kepada negara.

Dikatakan, ia adalah Mahathir sendiri yang mengeluarkan arahan agar bekalan elektrik diputuskan sepanjang tempoh tersebut.  Sebab itu dari meningkatkan keupayaan TNB agar masalah sama tidak berulang, Mahathir memilih jalan lain, dengan mewujudkan IPP untuk 'membantu' TNB menghasilkan tenaga yang cukup pada tahun 1993.

Untuk itu, Mahathir mewujudkan polisi dimana bekalan elektrik di negara ini mesti ada lebihan sebanyak 20% pada setiap masa.  20% ini adalah tenaga percuma yang akan lenyap kalau tidak digunakan. Tenaga elektrik bukan macam air yang boleh disimpan.  Majoriti IPP adalah wujud untuk menampung polisi lebihan tenaga 20% yang diwujudkan Mahathir.

Itu yang boleh kaya raya tu - hasilkan tenaga yang tidak perlu digunakan.  Selain itu, untuk beroperasi, subsidi dalam bentuk gas dari Petronas diberikan, lagilah bertambah kaya.

Sama seperti konsesi lebuhraya yang diwujudkan untuk membantu kroni-kroni Melayu (kategori bukan saudara mara), perjanjian IPP ini juga berat sebelah sifatnya dan rakyat yang akan tetap menanggungnya selagi perjanjian itu berjalan.

Tahu akan masalah tersebut boleh membebankan rakyat zaman berzaman, kerajaan mewujudkan iMDB yang antara lain bertujuan mengambil alih IPP ini dari kroni-kroni Mahathir.  Itu yang Mahathir melompat kerana kekayaan kroninya diganggu 1MDB.

Memang betul kata Perdana Menteri, Mahathir adalah ibu kepada masalah yang sebenarnya.  Dia sendiri cipta masalah, dia sendiri juga yang cipta penyelesaiannya.  Cuma penyelesaian yang dicipta Mahathir bukan percuma, dia pastikan kroni-kroninya sahaja dapat laba.

No comments:

Post a Comment