Tuesday, June 23, 2015

Serangan Berhenti Bulan Puasa, Nampak Sangat Bukan Kritikan Tapi Fitnah


Serangan ke atas Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad di blog nampaknya berhenti pada bulan puasa (setakat ini).  Menunjukkan setakbur-takbur Mahathir pun, ada sedikit ruang dalam hatinya yang hitam tu untuk takut kepada tuhan.

Kalau tidak dulu, selang 2 ke 3 hari mesti ada artikel yang menghentam Perdana Menteri dengan dakwaan dan pertanyaan yang tidak ada kesudahan serta palsu semuanya.  Artikel terakhir dimana Mahathir menyebut pasal 1MDB ialah pada 18 Jun yang lepas, tapi di dalamnya tidak ada serangan berbaur fitnah ke atas Perdana Menteri.

Entry terbaru hari ini, cerita pasal kaum.

Motif kenapa serangan ke atas Perdana Menteri berhenti pada bulan Ramadhan, tidak sukar diteka.  Ini mesti ada kaitan dengan dosa berkali ganda kalau buat fitnah pada bulan yang mulia ini.

Dalam masa yang sama, membuktikan juga bahawa Mahathir lempar banyak fitnah dari membuat kritikan terhadap Perdana Menteri, seperti dalam isu pembunuhan Altantunya, melesapkan wang sebanyak RM 42 billion dan sebagainya.

Tu yang tak berani nak serang Perdana Menteri pada bulan puasa tu, maklum sajalah pada usianya sekarang, mati bila-bila masa boleh datang tak sempat pulak nanti minta maaf. Dosa sesama manusia ni bukan kira siapa tua siapa muda.

Mahathir pun tahu, tak payah tunggu hukuman tuhanlah, kalau dia fitnah Perdana Menteri juga pada bulan puasa ni, memang masaklah dia kena 'lanyak' (secara metafora ) balik semula di media sosial.

Begitupun kalau selepas ini Mahathir berubah fikiran dan meneruskan siri fitnah dan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri (sekalipun di bulan puasa), kita tahulah nak buat macam mana.

No comments:

Post a Comment