Wednesday, June 3, 2015

Sial Badan: KJ Sokong Dr Mahathir Untuk Pastikan Najib Terus Kekal Sebagai PM



Pengiat media sosial terkejut beruk apabila melihat gerakan politik Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang cenderung menyokong gerakan Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun KJ dan para balacinya berulang kali mendakwa ikrar dan setia mereka hanya kepada Najib, namun gerakan 'bawah tanah' yang dilakukan oleh mereka menunjukkan sebaliknya.


Bermula dengan 'Ops 5 Sekawan', sebaran propaganda melalui whatsapp, hinggalah ke status-staus Facebook jelas membuktikan 'para balaci' KJ masih kekal dengan pendirian untuk mengulingkan Najib.

Itu belum lagi dikira dengan sebaran poster-poster nakal yang secara halus mengkritik dan menghina Najib, Rosmah dan dasar serta keputusan kerajaan.

Ada yang tak percaya, ada yang marah malah ada juga yang merasakan tindakan KJ itu bagi memastikan survival politiknya terus selamat.

Mereka merasakan KJ terpaksa menyokong Dr Mahathir bagi mengelakkan dirinya turut terpalit dengan serangan tersebut.

Sedangkan kalau nak diikut dendam dan sejarah lama, Dr Mahathir dahulunya adalah antara makluk yang paling dibenci oleh KJ.

Ini kerana disebabkan Dr Mahathir bapa mertuanya kehilangan kuasa, disebabkan Dr Mahathir nyawa politiknya hampir mati, disebabkan Dr Mahathir dia tidak terpilih sebagai Menteri walaupun pada ketika itu dia merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Namun bak kata pepatah, dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang berkekalan, ia boleh bertukar dalam sekelip mata.

Paling menarik ada juga yang cuba mempertahankan tindakan KJ itu, sambil mendakwa semua yang dilakukan itu bagi memastikan Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Menurut mereka percaya atau tidak, KJ sebenarnya mempunyai 'badi' atau dalam bahasa kasar masyarakat Melayu dipanggil 'sial badan'.

Manakala menurut kamus dewan badi atau 'sial badan' ini membawa maksud malang, tidak membawa tuah, tidak untung dan sebagainya.

Dalam bahasa mudah, sokongan KJ pada Dr Mahathir adalah untuk pastikan 'sial badan' yang ada dalam dirinya dapat mengagalkan segala usaha Dr Mahathir untuk mengulingkan Najib.

Mungkin ada yang merasakan tanggapan seperti ini adalah mengarut, namun suka atau tidak disebabkan 'sial badan' yang ada pada KJ itu, bapa mertuanya yang dikenali sebagai 'Mr Clean' suatu ketika dahulu turut jatuh tersembam dari puncak kuasa.

Ternyata 'sial badan' KJ terlalu kuat, hinggakan imej bersih yang ada pada Pak Lah gagal mempertahakan kuasa yang ditangannya.

Atas sebab itu, KJ terpaksa mengunakan senjata akhir iaitu 'sial badan' dirinya untuk memastikan Dr Mahadey menerima nasib yang sama.

Dengan cara itu, beliau bukan sahaja dapat membalas dendam atas tindakan Dr Mahathir suatu ketika dahulu, namun yang paling penting adalah untuk memastikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.


Wallahualam...

No comments:

Post a Comment