Tuesday, June 16, 2015

Skandal Bank Negara, Negara Hampir Muflis Kerana Mahathir







Oleh: Rakyat Marhaen
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini kelihatan semakin aktif dengan pelbagai fitnah fitnah yang dilemparkan.

Antaranya menyerang 1MDB secara berterusan bagi memastikan politik negara pimpinan Perdana Menteri bergoyang dan di masa yang sama mendesak agar Najib meletak jawatan.




Paling menarik apabila isu yang dilemparkan oleh Mahathir itu turut digunakan oleh pembangkang bagi memastikan kerajaan sedia ada terus lemah.

Tidak ketingalan para pemuja Mahathir turut mengambil bahagian dalam siri serangan itu, dengan harapan Najib dapat digulingkan dan Mahathir kembali menjadi 'hero' kerana berjaya menyelamatkan negara.

Mahathir mendakwa kononnya tindakannya ini dilakukan kerana mahu menyelamatkan wang negara dari hilang.

Persoalannya apakah tindakan yang dilakukan Mahathir ini dibuat atas dasar sayang dan cintakan negara? 

Jawapannya, sudah tentu tidak kerana berdasarkan rekod yang ada, skandal kewangan negara bermula di era Mahathir sehingga menyebabkan negara hilang ratusan billion dan hampir menyebabkan Malaysia muflis.

Perkara itu pernah didedahkan oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop, menurutnya disebabkan skandal kewangan pertukaran wang asiang (Forex) yang dilakukan di zaman Mahathir, negara kerugian sebanyak RM30 bilion.

Menurut Rosli antara mereka yang terlibat di dalam “forex scandal elite club masters” ialah Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana menteri ketika itu, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Jaffar Hussein dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Nor Mohamed Yakcop.

Menurut Rosli dalam satu kenyataan sebelum ini Jaffar dan Nor Yakcop merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana mewujudkan spekulasi aktiviti forex yang melanggar prinsip-prinsip bank pusat sehingga menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian besar selama hampir 2 dekad.

Tindakan mereka membuat spekulasi yang tidak bertanggungjawab dengan mempertaruhkan keselamatan aset-aset Bank Negara itu merupakan satu jenayah.

Selaku penasihat Bank Negara, Nor Yakcop telah mengarahkan agar Bahagian Pelaburan, Bank Negara untuk mengunakan semua komputer di jabatan itu membuat spekulasi di dalam pasaran matawang asing.

Tindakan yang dilakukan itu bertujuan untuk mewujudkan persepsi di kalangan peserta forex antarabangsa kononnya Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran mata wang yang agresif.

Rekod kewangan negara turut membuktikan, penglibatan besar-besaran Bank Negara selaku bank pusat di dalam pasaran spekulatif forex ini bermula ketika Daim Zainuddin memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Mahathir dan Daim pada ketika itu telah mengeluarkan arahan kepada Bank Negara agar menjadikan 'transaksi Forex' untuk menjana sumber pendapatan tambahan buat negara.

Disebabkan arahan itu, pada tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan membeli mata wang Britain (£ pound sterling).

Menyedari tindakan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia itu, George Soros segera mengambil peluang dengan menjual mata wang Britain (£ pound sterling) dan mengakibatkan nilai mata wang Britain jatuh merudum dengan secara mendadak.

Disebabkan itu Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak 5.5 bilion USD dan George Soros berjaya memperoleh keuntungan sebanyak 1.7 billion USD.

Melalui laporan yang dikeluarkan tidak lama selepas itu, Bank Negara menyatakan nilai sebenar yang dialami Bank Pusat pada ketika itu hanya bernilai RM 9.3 billion.

Sedangkan pakar kewangan menganggarkan, transaksi Forex pada ketika itu telah menyebabkan negara mengalami kerugian antara USD 27 -33 bilion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset negara yang bernilai USD20.7 bilion.

Pembangkang ketika sidang Dewan Parlimen pada ketika itu turut menggesa agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat 'Skandal Forex Bank Negara' namun ia tidak diendahkan.

Ini kerana Mahathir pada ketika itu sedar, sekiranya Siasatan Diraja dilakukan dia bakal kehilangan kuasa kerana semua maklumat dan perincian skandal tersebut bakal didedahkan kepada umum.

Malah di dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick” mencatatkan, sepanjang pemeritahan regim Mahathir, beliau terlibat dengan 'empat skandal kewangan' dan menyebabkan negara mengalami kerugian sebanyak RM 100 billion.

No comments:

Post a Comment