Saturday, July 4, 2015

Fitnah WSJ:Sah Mahathir Dalang


Tidak seperti Mahathir - bekas Perdana Menteri yang telah lama bersara, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang masih berkuasa dan mempunyai akses kepada pelbagai rangkaian maklumat yang tidak terfikir oleh rakyat biasa seperti kita.

Justeru, bila Mahathir menuduh Najib apa-apa, itu adalah berdasarkan apa yang dibisikkan orang kepadanya, betul atau tidak belum tahu lagi.  

Sebaliknya, bila Najib menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan Wall Strait Journal (WSJ) semalam, itu adalah berdasarkan laporan dari sumber berkredibiliti, tak siapa boleh pertikaikan itu.

Takkan seorang Perdana Menteri nak merendahkan taraf jawatan tersebut dengan memfitnah orang lain?

Lagipun, sejak hebat diserang Mahathir, Najib jarang menuduh balik, beliau hanya menjawab balik.  Tapi kali ini tuduhan itu benar-benar tak masuk akal dan Najib tidak memberi peluang kepada Mahathir dengan mengatakan bahawa Mahathirlah dalang kepada fitnah tersebut.

Apa kata Mahathir sekarang? 

Jika tidak benar kata-kata Najib itu, Mahathir boleh menyaman Najib semula dan penulis yakin Najib sudah bersedia untuk mendedahkan maklumat yang mengaitkan Mahathir dengan fitnah yang disebarkan WSJ dan Sarawak Report itu.

Malah silap-silap, ia adalah Mahathir juga yang menjadi dalang kepada semua fitnah yang disebarkan terhadap beliau kebelakangan ini termasuk dokumen palsu yang disebarkan Xavier Andre Justo.

No comments:

Post a Comment