Monday, July 13, 2015

Lowyat: Siasat FB Pemuja Mahathir Kerana Menghasut


Banyak betul orang cuba ambil kesempatan dari kejadian yang berlaku di Lowyat kelmarin dan semalam.  Kita nak negara ini aman damai tapi ada yang suka tengok rakyat bergaduh sesama sendiri.

Termasuk dalam hal ini adalah laman-laman peminat FB yang dikendalikan pemuja-pemujanya Mahathir.  Umum tahu Mahathir adalah penaung kepada pertubuhan perkauman Perkasa yang diketuai Ibrahim Ali.

Sudah tentu bila berlaku kejadian macam ini, kecenderungan itu lebih kepada satu pihak saja.  Siapa salah ke betul, dah tak peduli lagi dah.

Yang mereka tidak tahu, Mahathir lebih cina dari cina pun, dilihat dari kroni-kroni rapatnya yang hampir kesemua bukan Melayu (kecuali seorang, bukan ahli keluarga), tapi kerana sudah dipuja macam dewa, mana nak nampak semua tu lagi dah.

Selain laman yang berbentuk pemujaan kepada Mahathir, pihak yang sama juga dipercayai mengendalikan laman yang berbaur perkauman seperti Boikot Barangan Cina DAP - macamlah semua orang cina penyokong DAP.

Bila kejadian di Lowyat mula tegang, didapati laman-laman ini cuba membakar semangat orang Melayu supaya ikut sama turun dengan tulisan-tulisan yang jelas berbaur hasutan.

Pihak polis patut mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan ini dengan menyiasat mereka dibawah Akta Hasutan.

Tindakan kumpulan-kumpulan ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan soal keselamatan negara.  Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan anasir yang cuba mengganggu gugat keselamatan rakyat kita.

No comments:

Post a Comment