Saturday, July 25, 2015

Mahathir Marah PERKASA Enggan Anjur Jelajah Negara Untuk Jatuhkan Najib



Umum mengetahui Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mengetuai gerakan untuk memaksa dan memberi tekanan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera meletakkan jawatan.

Malah baru-baru ini sebuah media turut melaporkan bahawa pembantu Khas Dr Mahathir, Datuk Malik Mydin merupakan antara individu yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.



Terbaru menurut sumber yang boleh dipercayai, bekas Perdana Menteri itu dikatakan marah apabila PERKASA enggan menganjurkan program jelajah ke setiap negeri bagi membolehkan beliau berceramah untuk menyakinkan rakyat untuk menolak Najib.

Ini kerana menurut sumber dalaman PERKASA itu, keengganan NGO tersebut menganjurkan program jelajah tersebut telah menyebabkan gerakan menjatuhkan Najib itu kehilangan momentum seperti yang diharapkan.

"Tun Mahathir sekarang tengah marah dengan Perkasa, sebab Tok Him (Datuk Ibrahim Ali) enggan anjur program jelajah ke setiap negeri.

"Tok Him tak nak terlibat dengan gerakan Mahathir ni, sebab melihat ia bukan lagi bertujuan untuk menjaga kepentingan Melayu tapi lebih kepada agenda peribadi dan kroni" ujarnya.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu turut menjelaskan, antara sebab lain mengapa PERKASA menolak permintaan Mahathir itu kerana melihat wujud kerjasama 'tidak langsung' antara Mahathir dan pimpinan parti pembangkang.

"Walaupun Tok Him merasakan ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Najib itu tidak memberi kelebihan pada orang Melayu, namun tindakan Tun bekerjasama dengan pimpinan pembangkan lebih membahayakan survival orang Melayu dan Islam.

"Atas sebeb itu, PERKASA menolak untuk turut sama dalam gerakan Mahathir menjatuhkan Najib" uajrnya lagi.

No comments:

Post a Comment