Saturday, July 25, 2015

Semua Lelaki Hebat Dibelakangnya Bini, Mahathir Sorang Saja Kroni


Siapa pun akan kenang insan yang menjadikannya kaya raya.  Dalam kes ini Vincent Tan yang makan budi dengan Mahathir kerana dikatakan banyak membantunya dalam mendapatkan kontrak lesen judi dan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Bantu tu ayat lembut, sebetulnya serah begitu saja.

IPP ini adalah business yang Mahathir sengaja cipta untuk kroni-kroninya kaya raya, boleh beli pulau apa segala.  Termasuk ladang kudanya di Argentina.  Negara ni tak perlu pun kepada IPP, bukan kita ni besar macam Amerika Syarikat nun.  TNB pun dah cukup mampu bekal tenaga.

Maka tak hairanlah Vincent adakan sambutan harijadi untuk Mahathir SETIAP TAHUN. Ya, setiap tahun, bukan acara semalam saja.  Tahun 2014 dulu, temanya Gatsby.  Meriah memang meriah, terutama untuk orang yang pada umur sepatutnya dah mati.

Sedangkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut hari lahirnya secara sederhana, bersama kakitangan dipejabatnya saja.  Tak ada pun majlis meriah gilang gemilang, bertema dan dikeliling perempuan seksi apa segala.

Kek pun kecik je.

Janganlah marah kenapa selama ini pembangkang kata Mahathir banyak kroni, memang betul pun cuma dia taknak mengaku.  Sekarang semua orang tengok boleh tahu.

Bagi siapa yang percaya Mahathir adalah lelaki hebat, teruskanlah dengan kepercayaan itu.  Cuma nak sebut sajalah, dikala semua lelaki hebat di dunia ada isteri dibelakangnya, dalam kes Mahathir, isteri tu ganti dengan kroni.

Hasmah bukanlah kekuatan Mahathir, kroni-kroninya itulah kekuatan Mahathir.  Dari muda, dari bekerja sampai bersara, Mahathir menjadi hamba kepada kroni-kroninya sampai mati.  Malah serangan peribadi ke atas Perdana Menteri inipun adalah demi menyelamatkan kroni-kroninya yang hilang antara punca pendapatan terbesar bila 1MDB ambil alih kebanyakkan IPP.

Itulah Mahathir

1 comment:

  1. Sebenarnya saya pun tak tahu apa sbenarnya jasa TUN pada orang Melayu,cuma gah dengan pembangunan tapi bila dah akhir2 ni sejak Najib memerintah baru tahu bahawa Najib lah PM yang tahu susah senangnya rakyat bawahan seperti saya dan keluarga dgn BRIM ,Kedai 1 Malysia,Klinik 1 Msia ,UTC ,PTPTN dan mcm2 lagi yng kalau nak disebut memang panjang,Blum lagi insentif pada petani,nelayan,memang Najib menyambung legasi ALlahyarham bapanya Tun Razak.Sepatutnya bangsa Melayu harus sokong Najib tanpa berbelah bagi.Tapi tulah kerana dah senang dah kaya dah berpelajaran DAP juga yang bertuan di hati.termasuk PAS dan PKR

    ReplyDelete