Thursday, July 9, 2015

Tangkap Mahathir - Kecewa Tapi Tak Mengapa


Penegasan Ketua Polis Negara semalam bahawa Mahathir tidak akan ditangkap atas segala kerja jahatnya dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan demokratik yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu kekecewaan tapi bukanlah satu keperluan mendesak.

Faktor umur dan sebagainya menjadikan rasional Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tidak menangkap Mahathir itu ada dan sememangnya tidak ada sebuah negara pun di dunia yang memenjarakan orang tua berusia 90 tahun, dan beliau sudah tentu tidak mahu menjadikan Malaysia yang pertama.

Nanti orang cakap apa pulak.

Lagipun desakan untuk menangkap Mahathir ini datang dari Saifudin Abdullah, Melayu liberal yang gagal dengan politik barunya, setakat popular di media pembangkang tapi bila bertanding pilihanraya  kalah, rebut jawatan dalam UMNO pun kalah.

Maka itu, walaupun hati ini mendesak nak sangat tengok Mahathir pakai baju oren atau baju ungu dan dirantai kaki serta tangan, tapi tak mengapa, ada banyak cara untuk melihat Mahathir tercela dengan sendirinya.

Serangan WSJ terhadap imej Perdana Menteri yang ramai orang percaya didalangi Mahathir dan kuncu-kuncunya, sudah hampir menemui kegagalan.  Dokumen yang didedahkan setakat ini tidak langsung membuktikan kaitannya dengan Perdana Menteri dan ada diantara dokumen tersebut yang didapati palsu - telah diubah suai di sana sini.

Bila siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dan sebagainya selesai dan terbukti hanya fitnah yang direka Mahathir berpandukan dokumen palsu dikeluarkan Justo, itu akan jadi satu lagi kecelaan yang tidak tertanggung oleh Mahathir dan generasinya.

Digabungkan kedua-duanya, penulis tidak terkejut kalau ada yang kencing di atas kubur Mahathir bila dia mati nanti.

No comments:

Post a Comment