Saturday, August 29, 2015

Mukhriz Taja Anina Saman Najib



Ramai yang terkejut apabila portal-portal pembangkang melaporkan berita ahli Wanita UMNO,Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap Presiden UMNO berkaitan dana RM2.6 bilion.




Berita tersebut kemudianya disebar luaskan bagi menunjukkan kononnya ahli UMNO sudah mula hilang kepercayaan terhadap Naji.

Namun mereka yang mengikuti perkembangan politik negara pasti telah dapat membaca gerakan murahan seperti ini apabila Ainina sebelum ini dengan lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib melalui perbahasan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Langkawi baru-baru ini.

Melalui mesyuarat tersebut beliau bukan hanya sekadar mengkritik malah pelbagai kata-kata kesat dihambur dengan disulami dengan pelbagai andaian.

Walaupun pimpinan pembangkang dan para pengikut Tun Mahathir menyifatkan tindakan ahli UMNO cawangan Padang Mat Sirat itu sebagai berani, namun majoriti ahli UMNO berkeyakinan tindakan itu sudah pasti didalangi oleh mereka yang mempunyai kepentingan.

Paling menarik sejurus selepas mengadakan sidang akhbar berhubung tindakan saman itu, gambar Ainina bersama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mula tersebar luas.

Ada yang mendakwa tindakan Ainina itu merupakan tindak balas Muhkriz yang mahu memalukan Najib.

Ini kerana ucapan Najib ketika merasmikan UMNO bahagian Alor Setar baru-baru ini seperti memberi mesej bakal ada rombakan kepimpinan di peringkat negeri tidak lama lagi.

Maka bagi mengelakkan dirinya menerima nasib yang sama seperti Muhyiddin, maka Mukhriz mula mengatur gerakan agar kejatuhan Najib dapat disegerakan.

Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengekalkan kuasa sekaligus menyelamatkan sumbu karier politiknya yang semakin malap.


No comments:

Post a Comment