Saturday, September 26, 2015

Mahathir Menaikkan Najib Atau Menjatuhkan Abdullah?

1. Mahathir menulis lagi bahawa beliau bekerja keras menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Memang benar beliau bekerja keras tapi bukan untuk menaikkan Mohd Najib. Sebaliknya beliau bekerja keras untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi.

3. Umum tahu bahawa Mahathir mula bekerja keras menjatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) selepas beberapa projek mega beliau seperti Jambatan Bengkok dan Landasan berkembar dihentikan pelaksanaan. Tun Abdullah juga mula berbaik-baik dengan Lee Kwan Yew yang merupakan musuh Tun Mahathir.

4. Kemuncak kemarahan Mahathir ialah apabila "sloppy defense" dalam perebutan Pulau Batu Putih menyebabkan pulau tersebut menjadi milik Singapura.

5. Sehingga hari ini menjadi tanda tanya apakah Pak Lah mempunyai kaitan dengan kegagalan memiliki Pulau Batu Putih atau Ghani Patail sendiri "menjual" pulau tersebut kepada Singapura untuk menjatuhkan Abdullah. Umum mengetahui bahawa Ghani merupakan "balaci" Mahathir suatu ketika dahulu sehingga dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara melangkaui beberapa Pendakwaraya yang kanan.

6. Menjelang pemilihan UMNO 2010, Mahathir meminta Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO setelah Mohd Najib mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden kecuali Pak Lah berundur. Muhyiddin menolak dan menyatakan beliau hanya bersedia bertanding Timbalan Presiden UMNO.

7. Mahathir kemudiannya mengadakan rundingan dengan Tengku Razaliegh Hamzah agar bertanding jawatan Presiden UMNO.  Justeru, pentas pemilihan hampir pasti menjadi pertarungan Ku Li - Muhyiddin lawan Pak Lah - Najib Razak.

8. Kemudiannya Abdullah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan peralihan kuasa kepada Mohd Najib Razak selepas pemilihan UMNO.

9. Berikutan pengumuman tersebut, Mohd Najib mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO.

10. Mahathir melihat kekuatan Pak Lah - Najib akhirnya menarik "hand brake" terhadap kumpulan Ku Li - Muhyiddin. Muhyiddin menyertai kem Najib sebagai Timbalan Presiden meninggalkan Ku Li terkontang-kanting.

11. Justeru untuk Tun Mahathir menyatakan beliau bekerja keras menaikkan Mohd Najib adalah sangat mengelirukan dan tidak disokong realiti sebenar.

12. Mahathir tidak bekerja keras untuk menaikkan Mohd Najib. Sebaliknya beliau bekerja keras mahu menjatuhkan Abdullah kerana Abdullah telah merosakkan perancangan pembangunan beliau.

13. Memang Mahathir membantu kenaikan Mohd Najib tetapi bukan kerana beliau mahu menaikkan Najib. Ia dibuat kerana beliau mahu menjatuhkan Pak Lah.

14. Jika Mahathir mahu menaikkan Mohd Najib, dari awal beliau boleh terus melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila memecat Anwar Ibrahim pada 1998. Bukankah Mohd Najib merupakan Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak ketika itu?

Realitinya, Mahathir tidak peduli siapa Perdana Menteri asalkan ikut cakap beliau.

No comments:

Post a Comment