Thursday, September 3, 2015

Mukhriz Takut Kena Pecat, Gesa NGO Buat Solat Hajat Nyata Sokongan


 

Pengguna media sosial, sejak kebelakangan ini begitu hebat membicaraan isu pemecatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Ia ekoran dari sikap dan pendirian Mukhriz yang dilihat mula menunjukkan belang apabila sering mengeluarkan kenyatan mengkritik pentadbiran Perdana Menteri.

Pada peringkat awal, ada yang mendakwa tindakan Mukhriz itu disebabkan kerana beliau tersepit antara hormat kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan akur kepada Datuk Seri Najib.

Namun muktahir ini rata-rata menyifatkan tindakan Mukhriz itu sebagai 'gunting dalam lipatan'.

Atas sebab itu, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin tampil mengeluarkan kenyataan menggesa agar Mukhriz meletakkan jawatannya sekiranya beliau masih mempunyai maruah.

Disebabkan itu para penyokong Mukhriz mula menyerang bekas Ketua Bahagian Pokok Sena dengan melemparkan pelbagai tuduhan yang bersifat peribadi, bagi mencalarkan imej beliau.

Tidak cukup dengan itu, Mukhriz turut dikatakan meminta agar NGO yang menyokongnya tampil membuat kenyataan.

Ia bagi menujukkan kononnya beliau mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi di negeri Kedah.

Sedangkan pada hakikatnya tanpa sokongan dari Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah, anak emas Dr  Mahathir tidak ubah seperti melukut di tepi gantang.

Paling menarik apabila kerajaan negeri Kedah turut menganjurkan solat hajat atas nama kesejahteraan Kedah, sedangkan pada hakikatnya Mukhriz mahu memastikan jawatannya sebagai Menetri Besar, selamat.

Kesimpulannya, Mukhriz pada ketika ini berada dalam fasa 'takut pada bayang-bayang sendiri'.

No comments:

Post a Comment