Tuesday, October 20, 2015

Heboh Sangat 1MDB, BIla Ada Peluang Taknak Pulak Cakap


Bekas Timbalan Perdana Menteri (tapi masih Timbalan Presiden UMNO) ini mendakwa banyak masalah dengan 1MDB sehingga dia sanggup menggadaikan kedudukan dalam kerajaan demi membantah 'salah laku' yang diperkatakan itu.

Hairannya, sejak dipecat sehingga Parlimen bersidang, sedikit atau tidak banyak yang diperkatakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan pasal 1MDB.  Paling tidak, beri komen bila ada pihak-pihak berkepentingan buat kenyataan yang tidak memihak kepada kerajaan.

Mungkinlah alasannya bimbang tindakan undang-undang kalau kenyataan yang nak dibuat itu nanti tidak betul, tapi dalam Parlimen, mana ada tindakan undang-undang boleh dikenakan (imuniti), kenapa tak tanya?

Dari senarai usul yang telah dihantar untuk dibincangkan dalam persidangan kali ini, tidak ada soalan mengenai 1MDB dari bekas Timbalan Perdana Menteri yang berkenaan, mahupun kuncu-kuncunya yang lain.

Usul untuk adakan undi tidak percaya kepada PM ada, tapi usul 1MDB tidak ada.  Bila ditanya, bagi alasan 'bila ada peluang saya akan tanya'.  Ciptalah peluang tu, nak tunggu buat apa?

Seterusnya mencetuskan persoalan, ada isu ke takde isu 1MDB ni sebenarnya?  Kadang-kadang tak faham dengan permainan orang politik ni

No comments:

Post a Comment