Saturday, October 3, 2015

Kapsul Filem Melayu Paling Tak Laku Tahun 2015, Terima Kasih Mahathir


Menurut rekod, filem Melayu paling tidak laku pada tahun 2014 ialah sebuah filem bertajuk Hantu Kubur Cina.  Jumlah kutipan yang mengangkat filem ini sebagai paling tidak laku pada tahun 2014 ialah sebanyak RM 29,698.50 sahaja.

Lain-lain yang bawah dari itu adalah filem filem Tamil yang memang sukar bersaing dengan filem Tamil dari India.

Untuk tahun ini, filem Melayu paling tidak laku dijangkakan adalah filem Kapsul yang dibintangi Mahathir.  Setelah beberapa hari tayangan, filem ini hanya berjaya mengutip kurang RM 32,000 mengikut data yang diberikan Finas.

Memang ada beberapa filem Melayu yang kutipannya jauh lebih rendah dari Kapsul antaranya filem bertajuk Dia dan sebuah lagi bertajuk Jendela.  Masing-masing hanya kutip sekitar RM 11 ribu dan RM 12 ribu sahaja.


Tapi kos pembikinan kedua-dua filem ini tidak sebesar kos pembikinan Kapsul yang khabarnya menelan belanja sekitar RM 2.1 juta.  Jumlah ini logik kerana dikatakan filem ini membabitkan beberapa babak CGI, sesuai dengan plot cerita berkenaan - pengembaraan masa.

Justeru melayakkan Kapsul sebagai filem Melayu paling tidak laku sepanjang 2015.  Tahniah Mahathir dan para balacinya kerana berjaya merugikan penerbit filem berkenaan.

Tak pasti bagaimana penerbit filem berkenaan nak mencari dana untuk mengurangkan impak kerugian yang disebabkan Mahathir.  Mungkin dengan menjualnya ke Astro tapi kalau orang dah benci, letak kot mana pun orang benci juga.

Lagipun ada ke sesiapa yang nak bayar RM 15 selama 2 hari untuk tonton filem ini kalau ditayang di Astro?  Harga tiket RM 10 pun takde orang nak beli, RM 15 pulak lagi.

No comments:

Post a Comment